Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Ketawalah Jika Anda Mahu Lebih Sihat

Ketawa adalah ubat paling mujarab untuk menghilangkan penyakit. Sungguhpun begitu, tidak ramai yang menyedarinya. Di samping membuatkan orang lain gembira, ketawa juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.


Kenapa Anda Harus Ketawa?

1) Merehatkan Saraf dan Otak
Ketawa mampu meninggalkan kesan anti-stres selama 30 hingga 45 minit kepada otak dan sistem saraf manusia. Sebenarnya proses ketawa terbentuk apabila ia digerakkan oleh hormon anti stres dan anti depresi seperti cortisol dan endorphin. Kesannya, sistem saraf mulai tenang dan releks berbanding sebelumnya.

2) Meningkatkan Sistem Daya Tahan Badan
Selain membuatkan orang lain gembira, individu yang gemar ketawa juga berupaya melepaskan T-Cell dan sel yang boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa ketawa mampu menguatkan sistem daya tahan badan di samping bagus untuk mengelak sel kanser.

3) Redakan Tekanan
Cuba anda ketawa ketika tertekan, lebih-lebih lagi apabila tekanan itu berkaitan dengan gaya hidup. Walaupun sukar dilakukan tetapi cuba praktik dahulu. Sedikit demi sedikit beban masalah yang ditanggung akan berkurangan. Cara ini secara tidak langsung membantu anda untuk mengurangkan rasa stres yang dialami.

4) Rawatan Alternatif Untuk Diabetis
Pesakit diabetis pastinya bersedih dengan ppenyakit yang menimpa. Manakan tidak, banyak makanan yang dihindari, berpantang bagi mengelakkan kadar gula dalam darah meningkat naik. Selain mengambil ubat yang disyorkan oleh pakar-pakar perubatan, alternatif perubatan yang boleh dilakukan adalah dengan ketawa. Terdapat satu kajian menunjukkan pesakit darah tinggu dan diabetis kelihatan semakin sihat dan bertenaga selepas mengamalkan gaya hidup positif dan mudah ketawa. Ketawa yang dimaksudkan bukanlah sepanjang masa sebaliknya dipraktikkan sekali sekala. Tidak kira ketika menonton rancangan jenaka, berbual kosong dengan rakan dan sebagainya.

5) Bermanfaat Untuk Ibu Mnegandung
Ketawa juga boleh memberi kesan yang baik kepada ibu mengadung dan janin yang berada dalam kandungannya. Apabila si ibu sentiasa ceria dan berfikiran positif maka bayinya juga akan melakukan perkara yang sama. Perasaan bahagia yang dirasai ibu membuatkan bayi mampu berkembang dengan sihat dan cergas. Oleh itu bakal-bakal ibu dinasihatkan supaya tidak bersikap murung atau malas kerana bayi yang dikandung akan menerima tempiasnya.

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...