Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Pengaruh Sarapan Untuk Turunkan Berat badan


   Kebanyakkan kita mengambil mudah tentang sarapan. Kekangan masa dijadikan alasan membuatkan pola makanan ini mudah sahaja diabaikan sedangkan ia adalah langkah awal sebelum memulakan aktiviti harian. Selain memberi tenaga kepada tubuh badan sarapan juga dikatakan berupaya menurunkan berat badan. walau bagaimanapun diharuslah melakukan secara konsisten dan betul. Berikut adalah cara pengambilan sarapan yang betul. 

a) Ambil sarapan sebaik bangun tidur 
Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan agar segera mengambil makanan setelah bangun dari tidur. Alasannya pada waktu ini perut berada dalam keadaan kosong memandangkan pada waktu malamnya makanan telah dicerna dengan baik ini membolehkan penyerapan makanan  berada pada tahap maksimum dan digalakkan sarapan diambil sebaik bangun dari tidur.

b) Praktik menu sihat 
Menu sarapan yang sihat amat diperlukan bagi menurunkan berat badan. Oleh itu ia harus  dipenuhi dengan nutrisi-nutrisi penting seperti serat, protein dan kalori. Jenis sarapan yang sihat juga membuatkan seseorang berasa kenyang dalam tempuh yang lama sekaligus mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan meskipun snak ringan yang biasa dijadikan kudapan.

c) Berhati-hati dengan makanan yang diambil 
Biarpun sarapan adalah pola makanan yang penting untuk membekalkan tenaga tetapi ia masih perlu dipantau pengambilannya. Sebaiknya hadkan kuantiti serta memilih menu sarapan yang boleh membuatkan perut cepat berasa kenyang. 

d) Elak ambil sarapan bersama air 
Cuba praktikkan mengambil sarapan tanpa diselang-selikan dengan air. Mungkin boleh dimulakan dengan buah-buahan dan selepas itu barulah disusuli dengan makanan berat seperti roti telur, sandwic dan sebagainya. Seelok-eloknya minum selepas satu jam dan ambillah air putih berbanding air manis. Selain baik untuk kesihatan air putih juga baik untuk melawaskan pembuang air kecil. 

e) Ikut waktu yang dicadangkan untuk bersarapan
waktu bersarapan disarankan diambil sekitar jam tujuh hingga sembilan pagi. Ini kerana pada waktu itu perut berada dalam keadaan bersedia tetapi ingat makan dalam kuantiti sederhana. Paling penting makananlah dalam keadaan selesa dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa.

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...