Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Promosi Shaklee Jun 2014 Vitamin E

Assalamualaikum...


Pengumuman!Pengumuman!!Nak bagitahu promosi Shaklee June 2014  masih berlangsung lagi..Tinggal tak banyak hari lagi dah. 30 Jun 2014 last tau..Jangan nak tanya harga promosi beli 6 percuma 1 lagi tau lepas 30 Jun tu..^_*..



Agak lama juga bonda tunggu promosi Vitamin E. Ye lah kan. Bukan selalu dapat harga murah.  Masing-masing tunggu Shaklee umumkan je. Sebut saja Vitamin E promo..berderet duk menunggu kat branch dan taip order di talian/online dan termasuklah bonda sendiri..hehe..

Apa yang best sangat ni Vitamin E? Sudah pasti banyak manfaatnya yang bakal dapat. Antaranya:

1) Anti penuan

2) Membantu mengurangkan dengkuran

3) Anti oksida - menghalang kerosakan sel oleh redikal bebas

4) Mengurangkan risiko sakit jantung

5) Memudarkan parut

6) Vitamin cinta - kesuburan

7) Memperbaiki kitaran darah 

8) mengelakkan cepat letih dan lesu

Cepat dapatkan sekarang Vitamin Cinta ini!!!

Untuk sebarang info lanjut mengenai produk dan harga bolehlah menghubungi admin di alamat berikut.

Pengedar sah Shaklee anda:



ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju



Cara Mengatasi Dengkuran Tidur

Assalamualaikum dan Selamat pagi Khamis semua..Mulakan hari ini dengan senyuman ;-)

Amacam tidur malam tadi? Nyenyak tak? Selesa tak? Apa? Tak dapat lelapkan mata sebab ada gangguan tidur yang mengganggu.. Hehehe..Ni mesti kes pasangan atau rakan sebilik tiduk berdengkur kan. Si suami/isteri atau rakan sebilik sememangnya tidur nyenyak tapi anda sebenarnya terpaksa hadap semua tu kan.. Hohohoho..Cuba tanya kepada mereka adakah mereka tidur berdengkur..Nak tau apa jawapannya..Sudah tentu jawapannya tidak kan..Yalah..mana ada orang tidur berdengkur ni boleh rasa dan dengar yang dia tidur berdengkur..hehehe...Melainkan anda rakam dan rekod lepas tu tunjukkan kepadanya. Sampai macam tu sekali kan..


Masalah tidur berdengkur menggangu pasangan kita


Oklah. Apa tu dengkur?? Dengkur kalau ditanya mesti rata-rata cakap bunyi bising sewaktu si polan tu tidur.Hehe.. Sebenarnya berdengkur ni adalah suara yang dihasilkan oleh seseorang apabila bernafas semasa tidur dan telah menyebabkan getaran di lelangit lembut serta uvula. Manakala menurut Dr Lau Wee Ming dalam surat khabar Metro 20 Mac 2011, dengkuran pula adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Ini bermakna, jika seseorang itu berdengkur ia menandakan pernafasan terhalang seketika.


Maksud berdengkur

Faktor Berdengkur


Faktor, Gejala dan Cara mengatasi Masalah Dengkur

1) Bentuk mulut seseorang - Bermaksud sama ada  lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar boleh menghalang saluran udara.

2) Kegemukan - Sekiranya berlaku penambahan berat badan, saiz keempat-empat yang disebutkan tadi juga boleh bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk.

3) Pengambilan alkohol - Sekiranya gaya hidup dengan amalan minum minuman keras sebelum tidur dan secara berlebihan boleh menyebabkan relaksasi saluran nafas semasa tidur dan membuatkan suara dengkuran semakin keras.

4) Merokok - Merokok yang sememangnya memberi kesan buruk kepada saluran jantung turut menghalang pernafasan, pembengkakan selaput lendir di hidung, pembengkakan rangkaian di tekak dan penyumbatan kecil di paru-paru.

5) Masalah perubatan - Masalah gangguan perubatan yang boleh mnyebabkan penyumbatan hidung, tekak atau paru-paru berpotensi menyumbang kepada dengkuran. Selain itu, adany6a gejala diabetis atau hipotiroid juga berpotensi menghasilkan dengkuran. 

6) Pola tidur yang tidak stabil - Tidur yang tidak seimbang boleh mengakibatkan perkembangan ketidakstabilan pernafasan yang signifikan sewaktu tidur sehingga mencetuskan dengkuran. Jadi seseorang itu seharusnya mengatur pola tidur yang teratur dan tidak kerap berjaga sewaktu tidur.

7) Terlalu letih - Terlalu letih akibat seharian bekerja juga menyumbang kepada dengkuran.

Cara Mengatasi Masalah Berdengkur
  1. Ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan
  2. Elak minuman beralkohol, mengandungi kafein dan merokok sebelum tidur
  3. Ubah posisi tidur
  4. Jangan bersenam ketika tidur
  5. Elak keadaan yang boleh menyebabkan anda terhutang tidur
  6. Gunakan pelekap khas pada hidung
  7. Jangan ambil pil tidur
  8. Pengambilan supliment yang sesuai untuk mengatasi dengkuran
Vitamin Shaklee Membantu Mengatasi Dengkuran

Sekiranya segala cara dan petua yang disarankan juga tidak menjadi dan berkesan malah semakin teruk dari malam ke malam, apa kata anda mencuba Vitamin Shaklee yang mempunyai fungsi khas dihasilkan untuk mengurangkan dan mengatasi maslaah dengkuran anda tu.

Bagi isteri atau suami yang prihatin terhadap maslah pasangan masing-masing, apa salahnya menghadiahkan supliment shaklee khususnya Vitamin E ni kepada orang tersayang. Sekurang-kurangnya bunyi tidur malam tu tak mengganggu anda kan..hehehe..

Vitamin E membantu mengatasi masalah dengkuran

Tahukah anda Vitamin E mengandungi antioksida yang membantu dalam proses pengangkutan oksigen dalam darah.  Ia mampu mengatasi masalah dengkuran dengan melancarkan saluran saluran pernafasan semasa tidur.  Di samping itu, Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisyen.

Untuk sebarang info lanjut mengenai produk dan harga bolehlah menghubungi admin di alamat berikut.

Pengedar sah Shaklee anda:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat malam...

Agak lama blog Vitalish Corner ini 'bersarang' disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.  Rindu nak menulis..nak bercerita..Nak berkongsi pendapat..semua ada.Alhamdulillah diberi kekuatan untuk mencoretkan di wall Vitalish Corner ini ^_^..

Pejam celik pejam celik..Tak banyak hari dah nak masuk bulan Ramadhan.  Ye..bulan yang penuh keberkatan..Semua umat Islam berlumba-lumba nak kejar pahala termasuklah ibu hamil yang comel macam bonda..hehehe...(InsyaAllah..penghujung bulan 1 2015 sambut orang baru dan tambah ahli keluarga..ke berapa? ke 3..hehe)..Ok..berbalik kepada topik yang nak bonda kongsikan ini sebab sebelum ni pun pernah menjalani ibadat puasa sewaktu hamil..Alhamdulillah..Cukup sebulan bonda puasa.  Memang menakjubkan. Setiap hari bertenaga.  Penat bawa perut tu biasalah..makin perut besar makin rasa sebu perutkan.. Tapi 'energy' tu still orang kata tahap yang baik lah. ;-)

Sebelum tu, jom bonda nak kongsi sedikit tips yang perlu dilakukan oleh ibu hamil untuk mengekalkan kesihatan yang optimum di samping dapat menjalani ibadat puasa dengan baik.




Tips Berpuasa Yang Boleh Ibu Hamil Amalkan

1) Jangan sesekali 'skip' SAHUR- Bersahur amat penting terutamanya bagi ibu hamil yang ingin mengekalkan tenaga  pada waktu siang dan dapat bertahan sehingga waktu berbuka puasa.  Memandangkan ibu hamil    tidak lagi dapat makan sekerap yang mungkin seperti lazimnya, maka seharusnya ibu hamil mengambil gizi makanan yang seinbang dan berkhasiat.Tujuannya agar dapat mengurangkan simptom-simptom kelaparan, sakit kepala, mengantuk, sembelit dan sebagainya.


Amalan bersahur harus diamalkan

2) Banyakkan minum air dan susu- Air sangat penting kepada tubuh badan dan disarankan agar ibu hamil boleh minum air sewaktu berbuka, sepanjang malam dan sewaktu bersahur. Disarankan ibu hamil mengambil 3 liter sekurang-kurangnya setiap hari. Sekiranya kerap membuang air, itu petanda yang baik yang menunjukkan ibu hamil tidak mengalami dehidrasi.Begitu juga dengan pengambilan susu setiap hari terutamanya sewaktu bersahur amat membantu ibu hamil kekal sihat sekali gus memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan juga bayi yang dikandung.


minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

3) Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil sewaktu berbuka- Ibu hamil dinasihatkan tidak makan terlalu banyak supaya tidak mengalami ketidakselesaan.  Jika boleh makanlah secara kerap tetapi sedikit-sedikit.

4) Perbanyakkan makan makanan berserat dan berprotein- Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada waktu berbuka mahupun bersahur.Biarpun menunya sederhana tetapi mencukup 5 keperluan zatnya seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.


piramid makanan

5) Minum jus buah-buahan yang segar dan elakkan minuman bergas, kopi dan teh- Elakkan minum teh ketika bersahur kerana  ia boleh menyebabkan ibu hamil ternyahidrat.Minuman seperti smoothie yang mengandungi susu yogurt, air dan buah-buahan adalah minuman yang menyegarkan dan dapat membekalkan banyak keperluan nutrisi.

Jus buah-buahan

6) Mengambil supliment Shaklee untuk sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari- Bonda just nak share kebaikan supliment Shaklee yang sangat membantu ibu hamil di luar sana untuk sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari. Ada dalam kalangan ibu hamil yang menghadapi masalah lesu biar pun telah mengamalkan cara-cara di atas.  Ini kerana setiap tubuh ibu hamil berbeza dan masing-masing menhadapi alahan yang berbeza. Maka bonda sarankan agar ibu hamil mengambil makanan tambahan sebagai cara agar dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang gangguan akibat alahan. Antara supliment yang disarankan adalah:

Triple Mighty Gem

a) Mealshakes
Minuman yang berperisa French Vanilla yang lazat ini mengandungi vitamin dan nutrisi yang lengkap dan turut dilengkapi dengan protein dan fiber juga.  Insyaallah sangat membantu memberi tenaga kepada ibu hamil yang tidak lalu makan dan kerap muntah. Justeru memastikan badan ibu hamil mendapat bekalan yang secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

b) Esp
Turut mendapat gelaran Energy Booster berasaskan non-GMO soya dan kaya dengan protein. Sangat membantu ibu hamil untuk berpuasa sepanjang hari kerana ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama di samping mencegah dan menghalang daripada terkena gastrik.

c) Performance Drink
Membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh badan agar tidak mengalami hidrasi di samping memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga.

Semoga ibu hamil yang singgah di teratak Vitalish Corner bonda ni diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibdat puasa dengan sempurna. 

Jika inginkan konsultasi berkaitan tips di ats serta produk ini boleh lah hubungi bonda ye!

Pengedar sah Shaklee anda:





ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju


Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...