Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Shaklee Motivation & Recognition Rally

Alhamdulillah..Masih segar lagi dalam ingatan tanggal 28 September 2014, yang lepas sekali lagi jemputan dari Shaklee untuk warga SID Selangor dan Kuala Lumpur ke majlis Shaklee Motivation & Recognition Rally yang julung kalinya diadakan di Shah Alam Convention Centre berlangsung dengan meriahnya. Dianggarkan juga lebih dari 1000 SID yang hadir. Sambutan amat meriah sehinggakan tiada tempat untuk duduk.


Di sini bonda ada kongsikan beberapa keping gambar kenangan di hari Shaklee Motivation & Recognition Rally yang dikira amat berharga kerana penghargaan sebegini menjadikan bonda lebih sabar dan yakin untuk terus berjaya. Kami diraikan dalam suasana yang sangat meriah, naik ke pentas menerima sijil dan bergambar kenangan. Tapi gambar sewaktu naik pentas bersama anak-anak tiada sebab masalah teknikal. Sedih tau..Selain itu ada kisah juga yang tak dapat bonda lupakan apabila anak-anak comel bonda turut berada di pentas dengan muka 'selamber' sewaktu Master Farihah berucap.

Ala-ala nak buat persembahan pun ada ni Master Farihah dengan Khalish

Kakak Umairah tengah feeling in Love


Seronok agaknya berada di pentas. Boleh tengok orang ramai

Bersama keluarga OMS

Bersama Kak As dan Umi Mai

Dari kiri Kak Yah, Umi, Bonda dan Kak As

Selain Master Farihah berucap, Mommy Hadhatina (dah pangkat moyang) juga tidak ketinggalan berucap. Amanat yang tak dapat dilupakan.Penuh aura dan semangat yang ditonjolkan untuk berjaya dalam bisnes Shaklee.

Master Hadhatina yang hebat
Ok..Sebelum pulang, kami turut dihidangkan makanan ala-ala hari raya gitew. Ada macam-macam juadah disediakan.Sampai di rumah anak- anak tidur lena dek penat seharian ikut bonda hari ini. Apapun seronok sangat hari tu. Tahun depan Shaklee jemput lagi ye.. !!!

------------------------------------------------------

Thanks Shaklee!!!Shaklee Motivation & Recognition Rally sangat best!!

Rahsia Kulit Cantik Berseri!!

Rahsia kulit cantik berseri..Semua bulat mata kan.. Nak tahu apa rahsianya. Yang pasti, semua orang nak kelihatan cantik terutamanya dalam penjagaan wajah dan kulit muka. Kalau boleh nak kelihatan kulit muka yang halus, gebu, tiada jerawat mahu pun jeragat, tiada kedutan, cerah dan macam-macam lagi. Tidak mustahil juga ada yang sanggup berbelanja besar untuk dapatkan kulit muka yang cantik. Jadi anda tak perlu risau kerana inilah rahsianya kulit cantik berseri apabila Shaklee telah mengeluarkan produk semulajadi untuk kulit anda yang bermasalah.

Antara testimoni yang berjaya selepas menggunakan
Set Kecantikan Shaklee dan ESP
Set Kecantikan Shaklee

Set Kecantikan Shaklee mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Namun dengan gabungan ESP dan Set Kecantikan kulit Shaklee dapat membantu wajah lebih cantik dan semakin putih berseri serta kesannya juga lebih optimum.

Fungsi Vitamin E
Vitamin E
  • Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
  • Anti oksidan - menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel
  • Mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinar ultra ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
Fungsi Vitamin C

SR Vita C Plus
  • Meransang pembentukan kolagen.
  • membantu untuk dapatkan kulit yang lebih cerah
  • Melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi
  • Sebagai anti oksidan yang dapat melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Fungsi B Complex

B Complex
  • Membantu melindungi kulit daripada pancaran matahari
  • Melembabkan muka
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Merawat jerawat
Fungsi ESP
ESP
  • Membentuk kolegen pada kulit
  • Mempercepatkan proses pemulihan pada kulit
  • Bertindak sebagai anti oksida dan menggantikan sel-sel kulit yang baru
-------------------------------------------------------------------------------------

*Kepada Sesiapa yang menghadapi masalah kulit wajah bolehlah mengamalkan ESP dan set kecantikan kulit Shaklee. Insyaallah, sekiranya diamalkan secara konsisten, feedback positif pasti milik anda. Pastikan cukup 3 liter air sehari, istiqamah dan sabar*

Segala info berkaitan dengan produk Set Kecantikan Shaklee boleh hubungi:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju



Vitamin Untuk Tambah Selera Makan Anak

Mealshakes Membantu Menambahkan Selera Makan Anak-Anak

Saat anak tidak berselera dan tidak mahu makan merupakan satu tahap kerisauan bagi ibu-ibu di luar sana. Pelbagai usaha dibuat untuk memujuk anak makan. Pelbagai vitamin untuk tambah selera makan anak dicuba dan diberikan namun hasilnya tetap sama. Shaklee memperkenalkan Mealshakes yang dihasilkan khas untuk menambahkan selera makan anak-anak.


Bagaimana Meal Shakes Bertindak?

Meal Shakes merupakan makanan tambahan yang mengandungi 23 vitamin dan meneral yang diperlukan. Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian. Vitamin yang terdapat dalam Meal Shakes ini memperbaiki fungsi tubuh termasuklah signal selera makan. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam Meal Shakes dapat meningkatkan sistem imum tubuh anak-anak. Memandangkan anak-anak yang sedang membesar, disarankan ibu-ibu mengambil Meal Shakes untuk keperluan nutrisi bersesuaian dengan tumbesaran mereka.

Testimoni  Meal Shakes 

(i) Testimoni oleh Puan Zaza Zainal

(ii) Testimoni oleh Puan Shekien Jaafar


(iii) Testimoni oleh Puan Lia


(iv) Testimoni oleh Puan Azrin Mohd


(iii) Testimoni oleh Puan Siti Rozita Ahmad Mokhtar




-----------------------------------------------------------------

*Cara Pengambilan Meal Shakes: 1 sudu besar bagi anak-anak yang berumur 1-6 tahun*

Sebarang info tentang produk Meal Shakes boleh hubungi:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju




Testimoni Set Hamil Shaklee

Setiap ibu hamil disarankan mengambil vitamin yang mencukupi agar mendapat nutrisi yang cukup buat ibu dan juga anak.  Maka vitamin prenatal dirumus khas untuk ibu hamil yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, asid forlik, zat besi dan kandungan kalsium yang amat penting. Dengan pengambilan suppliment khas ketika hamil juga dikatakan mampu mengurangkan risiko berat bayi yang dilahirkan rendah. Selain itu dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.


Secara ringkasnya, Shaklee menyediakan Vitamin khas kepada ibu hamil untuk kesihatan yang menyeluruh. Anda boleh lihat Set Kehamilan yang disediakan pada setiap trimister.

Berikut merupakan testimoni Set Hamil Shaklee:


Testimoni Set Hamil 1

Testimoni Set Hamil 2

Testimoni Set Hamil 3


Makanan Menambahkan Susu Ibu

Makanan Penggalak Susu (Milk Booster)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Semoga para ibu di luar sana diberi kesihatan yang baik dan anak-anak syurga kalian juga mendapat kasih sayang yang sesukupnya..Entri kali ini cukup sinonim dengan ibu menyusu iaitu tentang makanan menambahkan susu ibu atau kita kenali sebagai makanan penggalak susu ibu. Masing-masing berusaha untuk memberikan penyususan sepenuhnya dan mencari idea atau cadangan yang boleh memperbanyakkan susu serta mendapat kualiti susu yang baik. Penyusuan yang sempurna sehingga 2 tahun kepada anak-anak sangat penting memandangkan susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingnya.



Breastfeeding
Di sini terdapat pelbagai cara untuk menambah susu ibu terutama dari segi pemakanan kerana kita tahu bahawa corak pemakanan seseorang ibu juga menjadi faktor kepada kualiti dan kuantiti susu ibu. Antaranya adalah:

Lobak Putih


- Lobak putih sememangnya kaya dengan vitamin C dan mempunyai serat yang tinggi. Sangat membantu ibu-ibu hamil dalam pemperbaiki sistem imuniti tubuh seterusnya sebagai penggalak kepada susu ibu.

Buah Longan Kering


-Buah longan dikatakan dapat meningkatkan stamina kerana mempunyai protein, lemak, glukosa, sukrosa dan asam tartaric. Sangat bagus penggalak susu.

Kurma

-Merpakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Selain itu dapat kurma juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan oleh ibu menyusu.

Halba/Fenugreek


- Halba atau fenugreek adalah milkbooster yang sangat terkenal dalam kalangan ibu menyusu. Halba banyak dijumpai dalam masakan.

Susu


- Yang pasti, ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Susu yang kaya dengan protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan galian yang diperlukan amat sesuai dengan ibu menyusu.

Tempe

- Tempe yang diperbuat daripada kacang soya sangat tinggi kandungan proteinnya. Jadi, tidak mustahil, tempel sangat membantu meperbanyakkan susu malah memekatkan lagi susu.

Air Kosong

- Air putih sangat membantu ibu menyusu. Dinasihatkan setiap ibu menyusu minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi. Kesannya akan menyebabkan susu ibu kutrang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Daun Alfalfa

- Daun Allfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Sebagai milk booster semulajadi.

Pemakanan seimbang



- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan. Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.

Set Ibu Menyusu Shaklee


* Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang telah lama digunakan) *






Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...