Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Makanan Menambahkan Susu Ibu

Makanan Penggalak Susu (Milk Booster)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Semoga para ibu di luar sana diberi kesihatan yang baik dan anak-anak syurga kalian juga mendapat kasih sayang yang sesukupnya..Entri kali ini cukup sinonim dengan ibu menyusu iaitu tentang makanan menambahkan susu ibu atau kita kenali sebagai makanan penggalak susu ibu. Masing-masing berusaha untuk memberikan penyususan sepenuhnya dan mencari idea atau cadangan yang boleh memperbanyakkan susu serta mendapat kualiti susu yang baik. Penyusuan yang sempurna sehingga 2 tahun kepada anak-anak sangat penting memandangkan susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingnya.



Breastfeeding
Di sini terdapat pelbagai cara untuk menambah susu ibu terutama dari segi pemakanan kerana kita tahu bahawa corak pemakanan seseorang ibu juga menjadi faktor kepada kualiti dan kuantiti susu ibu. Antaranya adalah:

Lobak Putih


- Lobak putih sememangnya kaya dengan vitamin C dan mempunyai serat yang tinggi. Sangat membantu ibu-ibu hamil dalam pemperbaiki sistem imuniti tubuh seterusnya sebagai penggalak kepada susu ibu.

Buah Longan Kering


-Buah longan dikatakan dapat meningkatkan stamina kerana mempunyai protein, lemak, glukosa, sukrosa dan asam tartaric. Sangat bagus penggalak susu.

Kurma

-Merpakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Selain itu dapat kurma juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan oleh ibu menyusu.

Halba/Fenugreek


- Halba atau fenugreek adalah milkbooster yang sangat terkenal dalam kalangan ibu menyusu. Halba banyak dijumpai dalam masakan.

Susu


- Yang pasti, ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Susu yang kaya dengan protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan galian yang diperlukan amat sesuai dengan ibu menyusu.

Tempe

- Tempe yang diperbuat daripada kacang soya sangat tinggi kandungan proteinnya. Jadi, tidak mustahil, tempel sangat membantu meperbanyakkan susu malah memekatkan lagi susu.

Air Kosong

- Air putih sangat membantu ibu menyusu. Dinasihatkan setiap ibu menyusu minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi. Kesannya akan menyebabkan susu ibu kutrang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Daun Alfalfa

- Daun Allfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Sebagai milk booster semulajadi.

Pemakanan seimbang



- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuanJika anda merasakan sukar untuk mendapatkan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.

Set Ibu Menyusu Shaklee


* Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang telah lama digunakan) *






No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...