Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Shaklee Motivation & Recognition Rally

Alhamdulillah..Masih segar lagi dalam ingatan tanggal 28 September 2014, yang lepas sekali lagi jemputan dari Shaklee untuk warga SID Selangor dan Kuala Lumpur ke majlis Shaklee Motivation & Recognition Rally yang julung kalinya diadakan di Shah Alam Convention Centre berlangsung dengan meriahnya. Dianggarkan juga lebih dari 1000 SID yang hadir. Sambutan amat meriah sehinggakan tiada tempat untuk duduk.


Di sini bonda ada kongsikan beberapa keping gambar kenangan di hari Shaklee Motivation & Recognition Rally yang dikira amat berharga kerana penghargaan sebegini menjadikan bonda lebih sabar dan yakin untuk terus berjaya. Kami diraikan dalam suasana yang sangat meriah, naik ke pentas menerima sijil dan bergambar kenangan. Tapi gambar sewaktu naik pentas bersama anak-anak tiada sebab masalah teknikal. Sedih tau..Selain itu ada kisah juga yang tak dapat bonda lupakan apabila anak-anak comel bonda turut berada di pentas dengan muka 'selamber' sewaktu Master Farihah berucap.

Ala-ala nak buat persembahan pun ada ni Master Farihah dengan Khalish

Kakak Umairah tengah feeling in Love


Seronok agaknya berada di pentas. Boleh tengok orang ramai

Bersama keluarga OMS

Bersama Kak As dan Umi Mai

Dari kiri Kak Yah, Umi, Bonda dan Kak As

Selain Master Farihah berucap, Mommy Hadhatina (dah pangkat moyang) juga tidak ketinggalan berucap. Amanat yang tak dapat dilupakan.Penuh aura dan semangat yang ditonjolkan untuk berjaya dalam bisnes Shaklee.

Master Hadhatina yang hebat
Ok..Sebelum pulang, kami turut dihidangkan makanan ala-ala hari raya gitew. Ada macam-macam juadah disediakan.Sampai di rumah anak- anak tidur lena dek penat seharian ikut bonda hari ini. Apapun seronok sangat hari tu. Tahun depan Shaklee jemput lagi ye.. !!!

------------------------------------------------------

Thanks Shaklee!!!Shaklee Motivation & Recognition Rally sangat best!!

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...