Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat malam...

Agak lama blog Vitalish Corner ini 'bersarang' disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.  Rindu nak menulis..nak bercerita..Nak berkongsi pendapat..semua ada.Alhamdulillah diberi kekuatan untuk mencoretkan di wall Vitalish Corner ini ^_^..

Pejam celik pejam celik..Tak banyak hari dah nak masuk bulan Ramadhan.  Ye..bulan yang penuh keberkatan..Semua umat Islam berlumba-lumba nak kejar pahala termasuklah ibu hamil yang comel macam bonda..hehehe...(InsyaAllah..penghujung bulan 1 2015 sambut orang baru dan tambah ahli keluarga..ke berapa? ke 3..hehe)..Ok..berbalik kepada topik yang nak bonda kongsikan ini sebab sebelum ni pun pernah menjalani ibadat puasa sewaktu hamil..Alhamdulillah..Cukup sebulan bonda puasa.  Memang menakjubkan. Setiap hari bertenaga.  Penat bawa perut tu biasalah..makin perut besar makin rasa sebu perutkan.. Tapi 'energy' tu still orang kata tahap yang baik lah. ;-)

Sebelum tu, jom bonda nak kongsi sedikit tips yang perlu dilakukan oleh ibu hamil untuk mengekalkan kesihatan yang optimum di samping dapat menjalani ibadat puasa dengan baik.




Tips Berpuasa Yang Boleh Ibu Hamil Amalkan

1) Jangan sesekali 'skip' SAHUR- Bersahur amat penting terutamanya bagi ibu hamil yang ingin mengekalkan tenaga  pada waktu siang dan dapat bertahan sehingga waktu berbuka puasa.  Memandangkan ibu hamil    tidak lagi dapat makan sekerap yang mungkin seperti lazimnya, maka seharusnya ibu hamil mengambil gizi makanan yang seinbang dan berkhasiat.Tujuannya agar dapat mengurangkan simptom-simptom kelaparan, sakit kepala, mengantuk, sembelit dan sebagainya.


Amalan bersahur harus diamalkan

2) Banyakkan minum air dan susu- Air sangat penting kepada tubuh badan dan disarankan agar ibu hamil boleh minum air sewaktu berbuka, sepanjang malam dan sewaktu bersahur. Disarankan ibu hamil mengambil 3 liter sekurang-kurangnya setiap hari. Sekiranya kerap membuang air, itu petanda yang baik yang menunjukkan ibu hamil tidak mengalami dehidrasi.Begitu juga dengan pengambilan susu setiap hari terutamanya sewaktu bersahur amat membantu ibu hamil kekal sihat sekali gus memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan juga bayi yang dikandung.


minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

3) Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil sewaktu berbuka- Ibu hamil dinasihatkan tidak makan terlalu banyak supaya tidak mengalami ketidakselesaan.  Jika boleh makanlah secara kerap tetapi sedikit-sedikit.

4) Perbanyakkan makan makanan berserat dan berprotein- Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada waktu berbuka mahupun bersahur.Biarpun menunya sederhana tetapi mencukup 5 keperluan zatnya seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.


piramid makanan

5) Minum jus buah-buahan yang segar dan elakkan minuman bergas, kopi dan teh- Elakkan minum teh ketika bersahur kerana  ia boleh menyebabkan ibu hamil ternyahidrat.Minuman seperti smoothie yang mengandungi susu yogurt, air dan buah-buahan adalah minuman yang menyegarkan dan dapat membekalkan banyak keperluan nutrisi.

Jus buah-buahan

6) Mengambil supliment Shaklee untuk sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari- Bonda just nak share kebaikan supliment Shaklee yang sangat membantu ibu hamil di luar sana untuk sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari. Ada dalam kalangan ibu hamil yang menghadapi masalah lesu biar pun telah mengamalkan cara-cara di atas.  Ini kerana setiap tubuh ibu hamil berbeza dan masing-masing menhadapi alahan yang berbeza. Maka bonda sarankan agar ibu hamil mengambil makanan tambahan sebagai cara agar dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang gangguan akibat alahan. Antara supliment yang disarankan adalah:

Triple Mighty Gem

a) Mealshakes
Minuman yang berperisa French Vanilla yang lazat ini mengandungi vitamin dan nutrisi yang lengkap dan turut dilengkapi dengan protein dan fiber juga.  Insyaallah sangat membantu memberi tenaga kepada ibu hamil yang tidak lalu makan dan kerap muntah. Justeru memastikan badan ibu hamil mendapat bekalan yang secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

b) Esp
Turut mendapat gelaran Energy Booster berasaskan non-GMO soya dan kaya dengan protein. Sangat membantu ibu hamil untuk berpuasa sepanjang hari kerana ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama di samping mencegah dan menghalang daripada terkena gastrik.

c) Performance Drink
Membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh badan agar tidak mengalami hidrasi di samping memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga.

Semoga ibu hamil yang singgah di teratak Vitalish Corner bonda ni diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibdat puasa dengan sempurna. 

Jika inginkan konsultasi berkaitan tips di ats serta produk ini boleh lah hubungi bonda ye!

Pengedar sah Shaklee anda:





ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju


No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...