Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Showing posts with label Tips Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kehamilan. Show all posts

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum dan selamat malam...

Agak lama blog Vitalish Corner ini 'bersarang' disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.  Rindu nak menulis..nak bercerita..Nak berkongsi pendapat..semua ada.Alhamdulillah diberi kekuatan untuk mencoretkan di wall Vitalish Corner ini ^_^..

Pejam celik pejam celik..Tak banyak hari dah nak masuk bulan Ramadhan.  Ye..bulan yang penuh keberkatan..Semua umat Islam berlumba-lumba nak kejar pahala termasuklah ibu hamil yang comel macam bonda..hehehe...(InsyaAllah..penghujung bulan 1 2015 sambut orang baru dan tambah ahli keluarga..ke berapa? ke 3..hehe)..Ok..berbalik kepada topik yang nak bonda kongsikan ini sebab sebelum ni pun pernah menjalani ibadat puasa sewaktu hamil..Alhamdulillah..Cukup sebulan bonda puasa.  Memang menakjubkan. Setiap hari bertenaga.  Penat bawa perut tu biasalah..makin perut besar makin rasa sebu perutkan.. Tapi 'energy' tu still orang kata tahap yang baik lah. ;-)

Sebelum tu, jom bonda nak kongsi sedikit tips yang perlu dilakukan oleh ibu hamil untuk mengekalkan kesihatan yang optimum di samping dapat menjalani ibadat puasa dengan baik.




Tips Berpuasa Yang Boleh Ibu Hamil Amalkan

1) Jangan sesekali 'skip' SAHUR- Bersahur amat penting terutamanya bagi ibu hamil yang ingin mengekalkan tenaga  pada waktu siang dan dapat bertahan sehingga waktu berbuka puasa.  Memandangkan ibu hamil    tidak lagi dapat makan sekerap yang mungkin seperti lazimnya, maka seharusnya ibu hamil mengambil gizi makanan yang seinbang dan berkhasiat.Tujuannya agar dapat mengurangkan simptom-simptom kelaparan, sakit kepala, mengantuk, sembelit dan sebagainya.


Amalan bersahur harus diamalkan

2) Banyakkan minum air dan susu- Air sangat penting kepada tubuh badan dan disarankan agar ibu hamil boleh minum air sewaktu berbuka, sepanjang malam dan sewaktu bersahur. Disarankan ibu hamil mengambil 3 liter sekurang-kurangnya setiap hari. Sekiranya kerap membuang air, itu petanda yang baik yang menunjukkan ibu hamil tidak mengalami dehidrasi.Begitu juga dengan pengambilan susu setiap hari terutamanya sewaktu bersahur amat membantu ibu hamil kekal sihat sekali gus memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan dan juga bayi yang dikandung.


minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari

3) Mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil sewaktu berbuka- Ibu hamil dinasihatkan tidak makan terlalu banyak supaya tidak mengalami ketidakselesaan.  Jika boleh makanlah secara kerap tetapi sedikit-sedikit.

4) Perbanyakkan makan makanan berserat dan berprotein- Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada waktu berbuka mahupun bersahur.Biarpun menunya sederhana tetapi mencukup 5 keperluan zatnya seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.


piramid makanan

5) Minum jus buah-buahan yang segar dan elakkan minuman bergas, kopi dan teh- Elakkan minum teh ketika bersahur kerana  ia boleh menyebabkan ibu hamil ternyahidrat.Minuman seperti smoothie yang mengandungi susu yogurt, air dan buah-buahan adalah minuman yang menyegarkan dan dapat membekalkan banyak keperluan nutrisi.

Jus buah-buahan

6) Mengambil supliment Shaklee untuk sentiasa sihat bertenaga sepanjang hari- Bonda just nak share kebaikan supliment Shaklee yang sangat membantu ibu hamil di luar sana untuk sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari. Ada dalam kalangan ibu hamil yang menghadapi masalah lesu biar pun telah mengamalkan cara-cara di atas.  Ini kerana setiap tubuh ibu hamil berbeza dan masing-masing menhadapi alahan yang berbeza. Maka bonda sarankan agar ibu hamil mengambil makanan tambahan sebagai cara agar dapat menjalani ibadah puasa tanpa sebarang gangguan akibat alahan. Antara supliment yang disarankan adalah:

Triple Mighty Gem

a) Mealshakes
Minuman yang berperisa French Vanilla yang lazat ini mengandungi vitamin dan nutrisi yang lengkap dan turut dilengkapi dengan protein dan fiber juga.  Insyaallah sangat membantu memberi tenaga kepada ibu hamil yang tidak lalu makan dan kerap muntah. Justeru memastikan badan ibu hamil mendapat bekalan yang secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka.

b) Esp
Turut mendapat gelaran Energy Booster berasaskan non-GMO soya dan kaya dengan protein. Sangat membantu ibu hamil untuk berpuasa sepanjang hari kerana ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama di samping mencegah dan menghalang daripada terkena gastrik.

c) Performance Drink
Membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh badan agar tidak mengalami hidrasi di samping memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga.

Semoga ibu hamil yang singgah di teratak Vitalish Corner bonda ni diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani ibdat puasa dengan sempurna. 

Jika inginkan konsultasi berkaitan tips di ats serta produk ini boleh lah hubungi bonda ye!

Pengedar sah Shaklee anda:





ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju


Waktu Subur Isteri

Cara Kira Waktu Subur

Kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi. Namun ada kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.
Kehamilan boleh terjadi apabila

Bertuahnya Ibu Mengandung di Sisi Allah SWT

BERTUAHNYA IBU MENGANDUNG DI SISI ALLAH S.W.T 

✔ Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
✔ 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.
✔ Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .
✔ Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
✔ Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
✔ Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
✔ Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
✔ Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
✔ Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
✔ Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Saat di Awal Kehamilan


Syukur alhamdulillah bg pasangan yang baru mendapat berita yang mnggembirakan..harus anda ingat, ia mesti dibuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan bahawa anda betul-betul hamil..ok, di sini ada sedikit perkongsian bersama untuk mereka di awal kehamilan.

TIGA BULAN PERTAMA SANGAT PENTING

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.

MENCEGAH KEGUGURAN

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan. maka disarankan agar ibu hamil lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.

Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.

CEGAH KECACATAN BAYI

✔Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

✔Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

✔Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

APAKAH YANG HARUS IBU HAMIL ELAKKAN?

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...