Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Sembelit Ibu Hamil


Saat mendapat berita yang diri hamil, amat teruja bukan.. Perubahan diri termasuklah dalaman dan luaran juga mula menandakan yang seseorang itu mengalami peringkat kehamilan. Pada saat hamil, ibu hamil akan mengalami kesukaran membuang air besar atau dikatakan sebagai sembelit yang biasanya terjadi pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Implikasi daripada sembelit ini akan menyebabkan sesetengah ibu hamil hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau mungkin juga hanya sekali dalam seminggu.

Punca Sembelit

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang ibu hamil mengalami sembelit. Antaranya adalah:

(i) peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan otot ke usus menjadi kurang aktif.

(ii) Pengambila supliment seperti zat besi yang turut menyumbang kepada sembelit. Malah turut menyebabkan najis bewarna hitam. Namun itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan supliment tersebut. Ini kerana pengambilan zat besi adalah penting untuk membawa oksigen di dalam darah sepanjang perkembangan hamil.

Langkah Mengatasi Sembelit

Anda boleh amalkan tips berikut untuk mengatasi masalah sembelit. Antaranya:

(i) Pastikan anda minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari bagi membantu proses pencernaan dan melembutkan najis agar lebih mudah untuk membuang air besar.

(ii) Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan.

(iii) Amalkan melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya.

(iv) Boleh amalkan pengambilan kalsium secara konsisten iaitu Ostematrix Shaklee.




Bagaimana Ostematrix membantu ibu hamil untuk mengatasi sembelit? 

Terdapat kandungan utama  di dalam Ostematrix iaitu:

  1. Kalsium
  2. magnesium
  3. Vitamin D
  4. Boron
  5. Manganese, copper, zink
Kandungan yang terdapat dalam Ostematrix ini adalah Magnesium yang membantu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Kesan ini berlaku melalui dua mekanisme iaitu:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus iaitu membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air iaitu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.


Memandangkan magnesium akan 'menarik' air maka anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil suppliment Ostematrix.

Sebarang info produk dan konsultasi boleh hubungi admin di alamat:



ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju





Pentingnya Prenatal Vitamin kepada Ibu Mengandung


Untuk pengetahuan ibu-ibu comel di luar sana yang sedang berbadan dua, amat digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana  dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir, membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan. Apapun mengambil makanan berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Bukan telan vitamin pastu makan makanan rapu sepanjang 9 bulan kehamilan ya.

Antara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

Set Kehamilan yang lengkap
  1. Vitalea - multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)
Boleh juga add on :
  1. Vitamin C 
  2. ESP
Tak Digalakkan :
  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A - vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E - sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu dikawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.
Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan / pembaikan adalah di alu-alukan. Terima kasih :-)


kredit to: drzubaidi.com

Bertuahnya Ibu Mengandung di Sisi Allah SWT

BERTUAHNYA IBU MENGANDUNG DI SISI ALLAH S.W.T 

✔ Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
✔ 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.
✔ Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .
✔ Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
✔ Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
✔ Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
✔ Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
✔ Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
✔ Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
✔ Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Saat di Awal Kehamilan


Syukur alhamdulillah bg pasangan yang baru mendapat berita yang mnggembirakan..harus anda ingat, ia mesti dibuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan bahawa anda betul-betul hamil..ok, di sini ada sedikit perkongsian bersama untuk mereka di awal kehamilan.

TIGA BULAN PERTAMA SANGAT PENTING

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.

MENCEGAH KEGUGURAN

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan. maka disarankan agar ibu hamil lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.

Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.

CEGAH KECACATAN BAYI

✔Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

✔Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

✔Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

APAKAH YANG HARUS IBU HAMIL ELAKKAN?

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...