Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Sembelit Ibu Hamil


Saat mendapat berita yang diri hamil, amat teruja bukan.. Perubahan diri termasuklah dalaman dan luaran juga mula menandakan yang seseorang itu mengalami peringkat kehamilan. Pada saat hamil, ibu hamil akan mengalami kesukaran membuang air besar atau dikatakan sebagai sembelit yang biasanya terjadi pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Implikasi daripada sembelit ini akan menyebabkan sesetengah ibu hamil hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau mungkin juga hanya sekali dalam seminggu.

Punca Sembelit

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang ibu hamil mengalami sembelit. Antaranya adalah:

(i) peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan otot ke usus menjadi kurang aktif.

(ii) Pengambila supliment seperti zat besi yang turut menyumbang kepada sembelit. Malah turut menyebabkan najis bewarna hitam. Namun itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan supliment tersebut. Ini kerana pengambilan zat besi adalah penting untuk membawa oksigen di dalam darah sepanjang perkembangan hamil.

Langkah Mengatasi Sembelit

Anda boleh amalkan tips berikut untuk mengatasi masalah sembelit. Antaranya:

(i) Pastikan anda minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari bagi membantu proses pencernaan dan melembutkan najis agar lebih mudah untuk membuang air besar.

(ii) Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan.

(iii) Amalkan melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya.

(iv) Boleh amalkan pengambilan kalsium secara konsisten iaitu Ostematrix Shaklee.




Bagaimana Ostematrix membantu ibu hamil untuk mengatasi sembelit? 

Terdapat kandungan utama  di dalam Ostematrix iaitu:

  1. Kalsium
  2. magnesium
  3. Vitamin D
  4. Boron
  5. Manganese, copper, zink
Kandungan yang terdapat dalam Ostematrix ini adalah Magnesium yang membantu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Kesan ini berlaku melalui dua mekanisme iaitu:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus iaitu membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air iaitu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.


Memandangkan magnesium akan 'menarik' air maka anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil suppliment Ostematrix.

Sebarang info produk dan konsultasi boleh hubungi admin di alamat:



ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju





No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...