Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Ubat Kuat Lelaki a.k.a Set Kesihatan Lelaki

Assalamualaikum dan selamat pagi..Semoga anda semua dirahmati Allah s.w.t dan sihat, cergas serta hebat selalu.. Kali ini entri berkisar tentang ubat kuat lelaki yer...Hehehe..dengar ubat kuat lelaki terus semua sang teruna..sang suami celik mata yer..Weeeee;-D 

Sekadar tontonon
Okess...Ni bonda nak kongsi bukan sebarang ubat tau..kata je 'ubat kuat' tapi sebenarnya makanan tambahan a.k.a suppliment yang selamat untuk para suami di luar sana. Jangan rasa risau. Ada racun ke?bahayakan kesihatan ke? Jangan rasa musykil sebab suppliment ni dijamin selamat, halal, dan semulajadi. Tiada bahan kimia tau..

Tolong ya para lelaki terutamanya suami tu kena ingat bahawa lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan sebagainya. Ada juga mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun akan membawa masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka. Rentetan dari penyakit-penyakit ini lah nanti akan memberi kesan kepada sistem dalaman. Tu yang kadang-kadang ada suami cepat penat, tidak bersemangat, lesu, tak bermaya dan dengan kata lain tiada perasaan untuk bersama isteri. Seterusnya menghadapi masalah seperti mati pucuk, pembesaran prostat dan sebagainya. Silap hari bulan si isteri pun merajuk dan ada masalah suami isteri pula. Manakala tang nak dapat zuriat pula susah. Sebab tu bonda nak share dengan anda semua ubat kuat yang suami bonda amalkan ni..

Set Kesihatan Lelaki


Set Kesihatan Lelaki Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Antaranya 

  • memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal kolesterol yang sihat
Set Kesihatan Lelaki
Omega Guard


1. Omega Guard 
- Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
- Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
- Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi
Zink

2. Zinc Complex
- Membantu meningkatkan kualiti sperma
- Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
- Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
- Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
- Mencecah masalah mati pucuk
- Mengelakkan masalah keguguran rambut

Vitamin E


3. Vitamin E
- dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak
- dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
- meningkatkan paras testosteron di dalam badan


Sekiranya para lelaki, suami mahu pun belum lagi berkahwin bonda sangat syorkan"ubat kuat lelaki"ni ya. Bagi lelaki bujang sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan kepada para suami untuk keharmonian hubungan dan rumah tangga. Suami bonda pon amalkan ubat kuat ni tau;-))))Set Kesihatan Lelaki Shaklee memang terbaiklah!!!

..................................................................................................................................................

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang info lanjut mengenai produk, harga dan konsultasi anda boleh hubungi admin di alamat berikut:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju



Set Darah Tinggi Shaklee dan Cara Merawat Darah Tinggi


Assalamualaikum dan selamat pagi semua......Semoga pagi anda semua diberikan kesihatan yang baik..

Pernah dengar tekanan darah tinggi? pernah alami? anda sedang alami penyakit ini? atau tak tahu yang anda mempunyai tekanan darah tinggi sekarang?..Ok. Meh bonda terangkan serba sedikit apa itu tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi ini terjadi ketika tekanan darah terus menerus tinggi dan bertahan selama satu waktu.  Dengan aliran darah yang tetap tinggi, dinding arteri meregang melebihi tahap yang sepatutnya. Semakin banyak tenaga yang digunakan untuk mengepam darah ke seluruh badan, semakin banyak arteri yang meregang. Dalam jangka masa yang panjang, akan timbul pelbagai masalah. Sekiranya arteri meregang secara terus menerus maka pembuluh darah akan pecah dan boleh menyebabkan seseorang mengalami srok atau aneurisme.


Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

Pelbagai komplikasi akan timbul akibat berlaku tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.Antararanya adalah:

  • Otak - Serangan strok atau juga kita panggil angin ahmar, strok ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung - Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh coronary heart disease, congestive heart failure dan left ventricular hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata - pendarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (hypertensive retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang - Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, microalbuminuria, proteinuria)
  • Peripheral vascular disease seperti aneurysm, kehilangan satu atau lebih denyut nadi dan pembuluh darah menjadi keras.

Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi 

Seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi seeloknya:

  • Mengubah amalan cara hidup
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Kawal stress
Terdapat Set Darah Tinggi Shaklee yang disyorkan untuk mengawal tekanan darah tinggi. Antaranya:




(i) CoQ Health Plus
CoQ Health Plus bertindak sebagai antioksida aitu melindungi arteri daripada low-density lipoproteins (LDL). Ia melindungi arteri dari kolestrol jahat seterusnya menyalurkan darah ke jantung. Selain itu Co enzim Q10 dapat menangani serangan jantung serta meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.



(ii) Garlic Complex
Ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol, menggalakkan kesihatan kardiovaskular serta menurunkan kolestrol LDL. trigliserida dan kelikatan darah.


(iii) Omega Guard
Dapat menurunkan bacaan kolestrol, menurunkan bacaan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan kadar HDL (kolestrol baik)


Tips: Jika tekanan darah tinggi naik mendadak, disarankan mengambil 6 biji Omega Guard dan 6 biji Garlic Komplex. Lihat bacaan semula dalam masa 4-5 jam.


Untuk sebarang info lanjut mengenai produk, harga dan konsultasi anda boleh hubungi admin di alamat berikut:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju



Punca Ketidaksuburan

Begitu indah dan bertuahnya seorang wanita yang mengandung..Namun tidak semua para wanita yang bernasib baik untuk merasai nikmatnya bergelar seorang ibu mengandung, seorang ibu yang dapat menyusu, menjaga dan membelai anak nya sendiri..KENAPA??kerana Allah swt telah menetapkan takdir hidup seseorang namun kita sebagai hambaNya dinasihatkan agar berusaha dan berikhtiar dan bukan menyerah kepada takdir…
Sebelum itu kita lihat analogi berkenaan dengan KESUBURAN
웃유 10% populasi dunia mengalami maslah ketidaksuburan.
웃유 Satu daripada 10 pasangan pada hari ini di Malaysia mengalami maslaah ketidaksuburan.
웃유 Satu pasangan didiagnosis mengalami ketidaksuburan sekiranya mereka gagal hamil setelah satu tahun mengamalkan seks teratur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
웃유 30% kes ketidaksuburan berpunca dari wanita, 30% lagi dari lelaki, 30% berpunca dari kedua-dua pasangan dan 10% adalah sebab lain.
웃유 Kaum wanita sering kali dipersalahkan dalam hal ini (gagal mengandung).
Mari kita selami apakah punca yang menyebabkan ramai wanita moden kini hari ini mengalami masalah ketidaksuburan yang menyebabkan mereka sukar hamil. Begitu juga dengan kaum adam.
Punca Ketidaksuburan Bagi Wanita

1) Gangguan Telur - Keseimbangan hormon penting untuk hamil.Hormon yg tidak seimbang mengganggu dlm proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila anda mempunya berat badan yg terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yg singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, ujian hormon dapat membantu punca dikenalpasti.

2) Saluran Fallopio tersumbat - Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yg menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yg mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim dimana janin menempel di tiup fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. Ujian HSG atau Laparoshopi (hysterosalpingogram) dapat mengenalpasti punca masalah ini.

Saluran Fallopio tersumbat

3) Endometriosis - Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sikit tisu endometrium yg melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yg menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

4) Antibodi menyerang - Dalam kes yg jarang berlaku ini, tubuh tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yg akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5) Masalah rahim -  Fibroid rahim adalah ketumbuhan yg sering terjadi kpd wanita. Ia adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim ( tidak mengakibatkan kanser) yg terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah.


Punca Ketidaksuburan Bagi Lelaki

1) Sperma tidak matang - masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yg bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca drpd jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yg membengkak pada alat kelamin boleh membawa kpd masalah kualiti sperma yg rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan spt kerosakan pd genetik. Jangkitan virus spy selsema juga boleh membawa kpd masalah kualiti sperma ttp ianya bersifat sementara.

2) Gangguan pengangkutan sperma - dalam 4% drpd kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan ttp tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yg mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah tiub fallopio tersumbat.


Set Kesuburan Shaklee

Alhamdulillah sudah ramai yang berjaya hamil selepas berusaha dengan set kesuburan shaklee. Di sini bonda senaraikan cadangan set kesuburan Shaklee yang menjadi pilihan utama.

Untuk isteri - Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP dan Gla Complex
Untuk Suami - CoQ, Vitamin E dan Zink Complex

Set Kesuburan Shaklee

Antara fungsi utama setiap vitamin yang dinyatakan di atas adalah:

Vitalea
Juga dikenali sebagai Multivitamin dan Multivitamineral Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum.  Apabila badan dah sihat barulah ia berfungsi dengan baik.

B Complex
Vitamin ini sangat penting untuk wanita yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi asid folic yang sangat diperlukan ibu hamil dan bayi di dalam kandungan,

Vitamin C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan di mana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang yang sihat sahaja yang akan berjaya memasuki ovum dan hanya sperma ynag kuat sahaja yang akan bersenyawa dalam ovum.

Alfalfa
Alfalfa sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita.  Ia terbukti dapat mengatasi maslaah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS.Selain itu turut berfungsi mengatasi 'kesakitan ketika bersama' dan sangat membantu dalam hubungan suami isteri.

Gla Complex
Vitamin ini sangat penting untuk kesuburan wanita di mana bertujuan menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.  Cecair ini petunjuk untuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke 5 selepas bersama.

CoQ
Dapat meningkatkan bilangan sperma dan pergerakan sperma semasa proses persenyawaan dan juga mengurangkan peratusan penghasilan bentuk sperma yang abnormal. selain itu meningkatkan ketahanan batin dan seksual terutama bagi lelaki yang merokok.

Vitamin E
Miningkatkan kesuburan dengan mengurangkan kemusnahan radikalbebas yang boleh mengurangkan kualiti sperma

Zink
Zink dapat menghasilkan sperma yang sihat dan kua secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu Zink dapat membantu meningkatkan keinginan seksual sang suami. 

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI SET KESUBURAN SHAKLEE

♀ BAGAIMANA GLA COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU WANITA YANG INGIN HAMIL CEPAT? ♀

✔ GLA COMPLEX SHAKLEE membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.
✔ Di sinilah fungsi GLA COMPLEX SHAKLEE untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.
♂ BAGAIMANA ZINK COMPLEX SHAKLEE BOLEH MENAMBAH KESUBURAN SUAMI ? ♂
✔ Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.
✔ Untuk lelaki zink sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma lebih aktif menuju ovum.
✔ Zink berperanan dalam proses pembentukan genetik iaitu DNA.Membantu mengurangkan pembesaran prostat dan mengurangkan mati pucuk.
✔ Meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.
Bersertakan juga doa dan solat hajat. Banyakkan zikir. Tekankan supplement sebagai salah satu cabang usaha. 

 ♂ BAGAIMANA ESP SHAKLEE BOLEH MENAMBAH KESUBURAN SUAMI ISTERI? ♂
✔ Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
✔ ESP SHAKLEE boleh membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
✔ Lebih tinggi peratus untuk berlakunya persenyawaan jika diambil bersama GLA COMPLEX SHAKLEE.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat? Segala info, harga dan konsultasi boleh hubungi:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju

Sembelit Ibu Hamil


Saat mendapat berita yang diri hamil, amat teruja bukan.. Perubahan diri termasuklah dalaman dan luaran juga mula menandakan yang seseorang itu mengalami peringkat kehamilan. Pada saat hamil, ibu hamil akan mengalami kesukaran membuang air besar atau dikatakan sebagai sembelit yang biasanya terjadi pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Implikasi daripada sembelit ini akan menyebabkan sesetengah ibu hamil hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau mungkin juga hanya sekali dalam seminggu.

Punca Sembelit

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan seseorang ibu hamil mengalami sembelit. Antaranya adalah:

(i) peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan otot ke usus menjadi kurang aktif.

(ii) Pengambila supliment seperti zat besi yang turut menyumbang kepada sembelit. Malah turut menyebabkan najis bewarna hitam. Namun itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan supliment tersebut. Ini kerana pengambilan zat besi adalah penting untuk membawa oksigen di dalam darah sepanjang perkembangan hamil.

Langkah Mengatasi Sembelit

Anda boleh amalkan tips berikut untuk mengatasi masalah sembelit. Antaranya:

(i) Pastikan anda minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari bagi membantu proses pencernaan dan melembutkan najis agar lebih mudah untuk membuang air besar.

(ii) Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan.

(iii) Amalkan melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya.

(iv) Boleh amalkan pengambilan kalsium secara konsisten iaitu Ostematrix Shaklee.




Bagaimana Ostematrix membantu ibu hamil untuk mengatasi sembelit? 

Terdapat kandungan utama  di dalam Ostematrix iaitu:

  1. Kalsium
  2. magnesium
  3. Vitamin D
  4. Boron
  5. Manganese, copper, zink
Kandungan yang terdapat dalam Ostematrix ini adalah Magnesium yang membantu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut.

Kesan ini berlaku melalui dua mekanisme iaitu:

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus iaitu membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium 'menarik' air iaitu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.


Memandangkan magnesium akan 'menarik' air maka anda dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil suppliment Ostematrix.

Sebarang info produk dan konsultasi boleh hubungi admin di alamat:



ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju





Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...