Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Punca Ketidaksuburan

Begitu indah dan bertuahnya seorang wanita yang mengandung..Namun tidak semua para wanita yang bernasib baik untuk merasai nikmatnya bergelar seorang ibu mengandung, seorang ibu yang dapat menyusu, menjaga dan membelai anak nya sendiri..KENAPA??kerana Allah swt telah menetapkan takdir hidup seseorang namun kita sebagai hambaNya dinasihatkan agar berusaha dan berikhtiar dan bukan menyerah kepada takdir…
Sebelum itu kita lihat analogi berkenaan dengan KESUBURAN
웃유 10% populasi dunia mengalami maslah ketidaksuburan.
웃유 Satu daripada 10 pasangan pada hari ini di Malaysia mengalami maslaah ketidaksuburan.
웃유 Satu pasangan didiagnosis mengalami ketidaksuburan sekiranya mereka gagal hamil setelah satu tahun mengamalkan seks teratur sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
웃유 30% kes ketidaksuburan berpunca dari wanita, 30% lagi dari lelaki, 30% berpunca dari kedua-dua pasangan dan 10% adalah sebab lain.
웃유 Kaum wanita sering kali dipersalahkan dalam hal ini (gagal mengandung).
Mari kita selami apakah punca yang menyebabkan ramai wanita moden kini hari ini mengalami masalah ketidaksuburan yang menyebabkan mereka sukar hamil. Begitu juga dengan kaum adam.
Punca Ketidaksuburan Bagi Wanita

1) Gangguan Telur - Keseimbangan hormon penting untuk hamil.Hormon yg tidak seimbang mengganggu dlm proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila anda mempunya berat badan yg terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yg singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu, ujian hormon dapat membantu punca dikenalpasti.

2) Saluran Fallopio tersumbat - Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yg menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yg mungkin berlaku ialah kandungan luar rahim dimana janin menempel di tiup fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endometriosis. Ujian HSG atau Laparoshopi (hysterosalpingogram) dapat mengenalpasti punca masalah ini.

Saluran Fallopio tersumbat

3) Endometriosis - Ia berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sikit tisu endometrium yg melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yg menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

4) Antibodi menyerang - Dalam kes yg jarang berlaku ini, tubuh tidak dapat mengenalpasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yg akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5) Masalah rahim -  Fibroid rahim adalah ketumbuhan yg sering terjadi kpd wanita. Ia adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim ( tidak mengakibatkan kanser) yg terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah.


Punca Ketidaksuburan Bagi Lelaki

1) Sperma tidak matang - masalah berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yg bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca drpd jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yg membengkak pada alat kelamin boleh membawa kpd masalah kualiti sperma yg rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan spt kerosakan pd genetik. Jangkitan virus spy selsema juga boleh membawa kpd masalah kualiti sperma ttp ianya bersifat sementara.

2) Gangguan pengangkutan sperma - dalam 4% drpd kes-kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan ttp tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yg mengangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah tiub fallopio tersumbat.


No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...