Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Bagaimana Cara Nak Kecilkan Lengan?

Cara Nak Kecilkan Lengan
Satu topik yang sangat penting bagi mereka yang tengah mencari cara nak kecilkan lengan. Ada orang sesetengah tempat (aggota badan yang lain) dah nampak cantik tapi bila pergi ke bahagian lengan, telah mencacatkan penampilannya. Silap hari bulan menampakkan yang dia gemuk.  

Antara cara/tips yang boleh diamalkan bagi mereka yang nak cuba kurangkan dan kecilkan saiz lengan.
(i) Senaman pemberat untuk lengan
Contoh penggunaan dumbbell

Anda boleh menggunakan dumbbell, barbell atau hand-grips untuk membina dan menguatkan otot lengan tangan. Buatlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk kentalkan lengan anda agar tidak menggelebeh.

(ii) Kurangkan lemak melalui kalori defisit


Merupakan keadaan keadaaan di mana pengambilan pemakanan tidak melebihi pengeluaran iaitu akiviti harian termasuklah senaman. Contohnya, jika pengambilan kaloro makanan adalah 1500 kalori tetapi output kalori adalah 2000 kalori, maka terjadinya defisit  kalori sebanyak 500. 500 kalori ini akan dibakar atau diambil lemak simpanan badan. Berita gembira menanti anda sekiranya anda mengamalkan defisit kalori ini, lama-kelamaan ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.

(iii) Kawal Pemakanan anda

Serat
Makanan sangat mempengaruhi saiz dan badan seseorang. Sekiranya tidak dijaga, anda mungkin berpotensi untuk lagi 'kembang'. Jadi, corak pemakanan anda harus dijaga untuk dapatkan lengan yang kurus dan ideal dengan berat badan anda. Antara makanan yang diutamakan untuk mendapatkan lengan yang kecil ialah buah-buahan, sayur-sayuran, daging, bijiran, produk berasaskan tenusu serta makanan yang mempunyai karbohidrat yang rendah. Dengan kata lain, tinggikan protein dan makanan serat serta rendahkan karbohidrat.

(iv) Senaman Push-Up

senaman push-up
Senaman Push-Up sebenarnya membantu anda dalam mengurangkan tisu lemak yang terdapat pada bahagian lengan. Lakukan di mana sahaja dan pastikan menjadi rutin harian anda.

(v) Minum air
Air sangat penting
Anda disarankan minum air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana banyak mendatangkan manfaat kepada kita. Antaranya dapat mengeluarkan toksin yang terdapat dalam badan kita. Sekali gus memudahkan proses menyahtoksin dan penurunan berat badan dengan baik. 

---------------------------------------------------------------------

Sumber: http://www.iluvislam.com/
http://kedaibaru.com/

PENGEDAR SHAKLEE GOMBAK DAN BATU CAVES: Cara Untuk Hilangkan Jeragat

Apa itu Jeragat?

Jeragat sangat sinonim dengan penduduk Asia. Kita di Malaysia tidak terkecuali. Sesiapa yang mengalami jeragat pasti cuba mencari cara untuk hilangkan jeragat. Kenapa? Kerana jeragat sangat memberi kesan kepada personaliti seseorang khususnya para wanita. Jeragat juga dikenali sebagai melasma sering terjadi di kawasan muka terutama di bhagian pipi, hidung dan dahi. Dikatakan juga mereka yang berumur dalam lingkungan 25-50 kerap terjadinya jeragat. Terdapat dua jenis jeragat/melasma iaitu:
  • Melasma Epidermal (menjejaskan lapisan luar kulit) 
  • Melasma Dermal (Menjejaskan lapisan dalam kulit)

Contoh jeragat
Punca Berlaku Jeragat

  • Sentiasa terdedah kepada cahaya matahari
  • penggunaan pil perancang
  • penggunaan kosmetik atau rawatan kulit tidak sesuai
  • Keturunan atau genetik keluarga

Cara Untuk Hilangkan Jeragat - Vitamin dan Produk Shaklee untuk Jeragat

Buat pengetahuan semua,terdapat produk shaklee yang dapat membantu bagi mengurangi serta mengatasi masalah jeragat. Antaranya:

(i) Vitamin C
SR Vita -C
Vitamin C sangat baik untuk pembentukan kolagen. Sekiranya diambil secara konsisten, ia dapat mengembalikan kulit anda lebih nampak cerah, melambatkan proses penuan dan akan menyekat pembentukan pigmentasi. Maka ia dapat membantu mengurangkan kejadian jeragat yang lebih teruk.

(ii) Vitamin E
Vita-E Complex
Vitamin E juga sangat terkenal dengan vitamin awek muda kerana dikatakan dapat membantu keseimbangan hormom dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Oleh itu ia sangat penting untuk mengatasi masalah kulit yang berminyak dan berjeragat.


(iii) ESP
ESP
ESP sangat penting dalam penghasilan sel bari dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan kejadian jeragat. Oleh itu protein yang terkandung dalam ESP ini akan dapat menghasilkan sel-sel baru dan belum sempat jeragat baru menyinggah.

(iv) Collagen Powder
Collagen Powder
Kolagen merupakan tisi penyambung yang akan membantu mengekalkan kekuatan dan kenjalan kulit. Semaki meningkatnya usia kita, semaki  lambat badan kita menghasilkan kolagen. Jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan melambatkan penuaan wajah. Masalah jeragat juga dapat berkurangan.

(v) Spot Whitening Treatment
 Spot Whitening Treatment
Spot Whitening Treatment dapat memperbaiki jeragat akibat kesan matahari dengan cepat. Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radag kulit.

--------------------------------------------------------------------
*Air  sangat penting dalam usaha kita mencantikkan wajah. Jadi, anda perlu sentiasa memastikan kandungan air dalam badan adalah mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat atau jeragat mudah terhasil. Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit yang kering, kusam dan seterusnyamenjadi bermasalah. 

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk Shaklee untuk jeragat, sila hubungi pengedar sah anda di alamat berikut:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju

PENGEDAR SHAKLEE GOMBAK DAN BATU CAVES:Testimoni Herbal Blend Shaklee

Testimoni Herbal Blend Krim Ajaib

Sesiapa yang pernah menggunakan Herbal Blend sangat berpuas hati dengan produk Shaklee yang multi-purpose ni. Ternyata Herbal Blend Shaklee mendapat permintaan yang tinggi sehingga kehabisan stok baru-baru ini. Kenapa sampai begitu sekali? Kerana cream yang dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai gunaan sangat memberi maklum balas yang positif seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara kegunaan Herba Blend ini ialah:

  1. dapat melembutkan kulit kasar dan tumit pecah yang dialami.
  2. dapat mengatasi  masalah kulit gatal terutama eczema, digigit nyamuk dan sebagainya
  3. dapat menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox ruam pada bayi
  4. dapat membantu menghilangkan ruam yang singgah pada badan anak kecil
  5. dapat memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  6. untuk digunakan sebagai losyen badan 
Herbal Blend


Testimoni Herbal Blend 

1) Parut luka cepat sembuh 

Testimoni Herbal Blend

2) Gatal gigitan nyamuk cepat hilang

Testimoni Herbal Blend

3) Kurap susu cepat sembuh

Testimoni Herbal Blend

4) Ruam dan gatal pada pipi 

Testimoni Herbal Blend

5) Gatal akibat alergik

Testimoni Herbal Blend

6) Tumit kaki yang merekah dan gatal badan
Testimoni Herbal Blend

7) Chicken Pox dan Kulit melecet akibat cirit-birit

Testimoni Herbal Blend

8) Exzema 
Testimoni Herbal Blend

9) Ruam peluh cepat baik
Testimoni Herbal Blend

10) Gigitan nyamuk

Testimoni Herbal Blend

11) Hilangkan parut Chicken Pox dan Gatal akibat elergic dan 
Testimoni Herbal Blend

12) Sebagai losyen untuk elakkan naik bintik merah di badan
Testimoni Herbal Blend


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Harga sangat berbaloi hanya RM27.50 sahaja. Sapu sedikit tapi kesannya cepat. Boleh tahan berbulan-bulan.

Segala info berkaitan dengan produk Herbal Blend Shaklee boleh hubungi:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348

➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju



Setialah Dengan Pasangan - Tips Untuk Setia Dengan Pasangan

Kesetiaan di dalam perhubungan pasti akan tercabar godaan dan ujian datang melanda tanpa dipinta. Oleh itu, pertahanan membenteng diri masing-masing mesti diperkukuhkan bagi mengelak sebarang kecurangan. Segala onak duri dan cabaran perlu ditempuhi dengan sabar, disusuli doa dan diselimuti kasih sayang demi mengeratkan lagi ikatan hubungan suami isteri. Antara tips untuk setia dengan pasangan adalah:

(i) Niat untuk kekal bahagia
- Sebelum sesuatu perhubungantermaterai dengan ikatan kasih sayang sah, niat memainkan peranan penting. Niatlah di dalam hati agar perhubungan yang terjalin secara sah di sisi syarak akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kebiasaannya, apabila seseorang itu telah berniat maka dia akan berusaha ke arah itu untuk melaksanakan dengan sempurna. Berdoalah ke hadrat Allah SWT agar sentiasa dilindungi daripada hasutan fitnah dan godaan dunia. Semoga kebahagiaan dan kejayaan tetap menjadi hak milik abadi dengan izinNya.

(ii) Teriam seadanya
- Setelah janji dimaterai dengan ikatan yang sah, lazimnya tidak semudah dan seindah yang disangka. Oleh itu belajarlah menerima pasangan kita seadanya dengan senantiasa mencari kebaikan dan tidak tertumpu pada keburukannya sahaja. Ingatlah sesungguhnya kita juga mempunyai kelemahan tersendiri kerana tiada yang sempurna melainkan Nya. Redha dan bersyukurlah dengan pasangan serta janganlah mengharapkan sesuatu yang luar biasa atau pun di luar kemampuannya untuk memenuhi permintaan kita.

(iii) Jaga pandangan mata
- Kebanyakan wanita sangat tidak menyukai lelaki yang 'bermata keranjang'. Pantang ada perempuan yang berdahi licin mulalah mengatur pelbagai strategi yang menggatal dan menjengkelkan. oleh itu sebagai muslim kita wajib menjaga pandangan mata agar tidak tersasar ke landasan kemungkaran. Hikmahnya sangat besar kerana kita akan menjadi sang pencinta yang setia dengan pasnagan kita kelak.



(iv) Jaga Pergaulan
- Untuk mempertahankan kesetiaan, kita juga memerlukan teman yang boleh nasihat menasihati seandainya kita tersasar daripada jalan yang betul. Pengaruh rakan-rakan dalam hidup juga memainkan peranan yang sangat pentin. Pandai-pandailah mencari teman supaya persahabatn yang dibina dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik dan harmoni bukannya menjadi semakin derita.

(v) Utamakan keluarga
-Kebanyakan pasangan suami isteri yang dapat mempertahankan cinta dalam sesebuah rumah tangga adalah mereka yang selalu mengutamakan kelurga daripada urusan lain. Walaupun terlalu banyka perkara yang perlu difikirkan dalam membina cinta baru, tetapi perasaan kasih dan belas tetap akan timbul jika kita selalu meletakkan keluarga di tangga teratas. Oleh itu, persoalan untuk cinta beralih arah dapat dipadamkan kerana tidak sanggup untuk melukai dan dilukai. Kemanisan berumah tangga pasti lebih menyerlah disebabkan keutamaan diberikan sepenuhnya untuk keluarga.


---------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber:Doa dan Tip Keluarga Bahagia oleh Norlela Ibrahin

Cinta Anugerah Allah SWT - Langkah Untuk Kekal Bahagia Bersama Pasangan

Cinta adalah anugerah Allah S.W.T kepada setiap jiwa hambaNya dan merupakan fitrah semula jadi setiap insan. Cinta dimiliki mutlak oleh Allah SWT kerana Dialah Pencipta segala kecintaan. 

Setiap cinta menuntut pengorbanan malah cinta juga indah apabila disertai dengan kesetian yang memerlukan ketahanan mental dan spritual. Kadang-kadang kita diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai dugaan terutama dalam mempertahankan sebuah cinta. Selain itu kesetiaan boleh menjadi goyah dan pudar disebabkan oleh terlalu banyak hasutan nafsu yang melanda, kurangnya pertahanan mental dan spritual. Jika tidak kuat membenteng diri daripada godaan, jadilah kita sang pencinta yang berpegang pada janji serta menodai sumpah setia sehidup semati dengan pasangan yang sebelum ini menjadi pujaan hati. Berikut merupakan langkah untuk kekal setia bersama pasangan suami isteri masing-masing:

(i) Amanah
- Pasangan kita merupakan satu amanah Allah SWT kepada kita. Bermulanya amanah pada perhubungan sebaik sahaja lafaznya ijab kabul.Niatkan dalam hati untuk memikul tanggungjawab ini untuk menjaga pasangan dan anak-anak sebaik mungkin. Apabila terasa amanah itu wajin ditunaikan, maka cinta akan terbentuk dengan bersendikan kejujuran. Jangan sesekali ada penipuan dalam menyemai cinta antara pasangan kita.

(ii) Tanggungjawab
- Apabila terasa amanah yang dipukul, maka lahirlah pula tanggungjawab di dalam sebuah perhubungan. Tanggungjawab utama adalah terhadap Allah SWT kerana kita mengahwini pasangan kita kerana Nya. Oleh itu, perlulah kita melaksanakan tanggungjawab tersebut semata-mata Allah SWT. Jika tanggungjawab terhadapNya tertunai dengan sempurna, sudah pasti tanggungjawab dengan pasangan dan ahli keluarga juga dapat dipenuhi sebaiknya.

(iii) Disiplin
- Sekiranya kedua-dua ciri tersebut telah tersemat dalam diri setiap pasangan akan terciptalah peraturan dan panduan bagaimana untuk membahagiakan si dia seisi keluarga. Disiplinkan diri dan ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga ceria lagi harmoni serta berada dalam landasan yang diredhai Nya. Misalnya mengerjakan solat fardhu pada awal waktu.

(iv) Dekat di hati
- Sesetengah pihak merasakan pasangan dan anak-anak mereka sentiasa berada dekat di hati. Sudah pasti golongan ini tidak akan mensia-siakan kehidupan setiap insan di sisinya. Apabila berada di tempat kerja, mereka tidak sabar untuk pulang ke rumah berjumpa dengan ahli keluarga yang disayangi. Keadaan sebegini membuatkan mereka berasa puas mengecapi bahagia dalam kehidupan seharian. Kesunyian akan melanda apabila terpaksa berpisah atas tuntutan kerja. Namun jalinan kasih yang etrjalin membuatkan perasaan sayang sentiasa dekat di hati walaupun jauh di mata.

(v) Sakinah
- Sakinah bermaksud aman, damai dan tenang. Golongan yang mempunyai sakinah di dalam rumah tangga tidak akan tergugat dengan godaan-godaan luar. Malah, mereka tenang mengharungi kehidupan mencari keredhaan Allah SWT. Ketenangan hakiki yang diperolehi daripada pasangan akan memotivasikan diri mereka untuk sentiasa berusaha menjadi sang pencinta yang setia keranaNya.


------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:Doa dan Tip Keluarga Bahagia oleh Norlela Ibrahin

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...