Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Bagaimana Cara Nak Kecilkan Lengan?

Cara Nak Kecilkan Lengan
Satu topik yang sangat penting bagi mereka yang tengah mencari cara nak kecilkan lengan. Ada orang sesetengah tempat (aggota badan yang lain) dah nampak cantik tapi bila pergi ke bahagian lengan, telah mencacatkan penampilannya. Silap hari bulan menampakkan yang dia gemuk.  

Antara cara/tips yang boleh diamalkan bagi mereka yang nak cuba kurangkan dan kecilkan saiz lengan.
(i) Senaman pemberat untuk lengan
Contoh penggunaan dumbbell

Anda boleh menggunakan dumbbell, barbell atau hand-grips untuk membina dan menguatkan otot lengan tangan. Buatlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk kentalkan lengan anda agar tidak menggelebeh.

(ii) Kurangkan lemak melalui kalori defisit


Merupakan keadaan keadaaan di mana pengambilan pemakanan tidak melebihi pengeluaran iaitu akiviti harian termasuklah senaman. Contohnya, jika pengambilan kaloro makanan adalah 1500 kalori tetapi output kalori adalah 2000 kalori, maka terjadinya defisit  kalori sebanyak 500. 500 kalori ini akan dibakar atau diambil lemak simpanan badan. Berita gembira menanti anda sekiranya anda mengamalkan defisit kalori ini, lama-kelamaan ia akan membakar lemak pada bahagian lengan tangan juga.

(iii) Kawal Pemakanan anda

Serat
Makanan sangat mempengaruhi saiz dan badan seseorang. Sekiranya tidak dijaga, anda mungkin berpotensi untuk lagi 'kembang'. Jadi, corak pemakanan anda harus dijaga untuk dapatkan lengan yang kurus dan ideal dengan berat badan anda. Antara makanan yang diutamakan untuk mendapatkan lengan yang kecil ialah buah-buahan, sayur-sayuran, daging, bijiran, produk berasaskan tenusu serta makanan yang mempunyai karbohidrat yang rendah. Dengan kata lain, tinggikan protein dan makanan serat serta rendahkan karbohidrat.

(iv) Senaman Push-Up

senaman push-up
Senaman Push-Up sebenarnya membantu anda dalam mengurangkan tisu lemak yang terdapat pada bahagian lengan. Lakukan di mana sahaja dan pastikan menjadi rutin harian anda.

(v) Minum air
Air sangat penting
Anda disarankan minum air yang cukup sekurang-kurangnya 3 liter sehari kerana banyak mendatangkan manfaat kepada kita. Antaranya dapat mengeluarkan toksin yang terdapat dalam badan kita. Sekali gus memudahkan proses menyahtoksin dan penurunan berat badan dengan baik. 

---------------------------------------------------------------------

Sumber: http://www.iluvislam.com/
http://kedaibaru.com/

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...