Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Setialah Dengan Pasangan - Tips Untuk Setia Dengan Pasangan

Kesetiaan di dalam perhubungan pasti akan tercabar godaan dan ujian datang melanda tanpa dipinta. Oleh itu, pertahanan membenteng diri masing-masing mesti diperkukuhkan bagi mengelak sebarang kecurangan. Segala onak duri dan cabaran perlu ditempuhi dengan sabar, disusuli doa dan diselimuti kasih sayang demi mengeratkan lagi ikatan hubungan suami isteri. Antara tips untuk setia dengan pasangan adalah:

(i) Niat untuk kekal bahagia
- Sebelum sesuatu perhubungantermaterai dengan ikatan kasih sayang sah, niat memainkan peranan penting. Niatlah di dalam hati agar perhubungan yang terjalin secara sah di sisi syarak akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kebiasaannya, apabila seseorang itu telah berniat maka dia akan berusaha ke arah itu untuk melaksanakan dengan sempurna. Berdoalah ke hadrat Allah SWT agar sentiasa dilindungi daripada hasutan fitnah dan godaan dunia. Semoga kebahagiaan dan kejayaan tetap menjadi hak milik abadi dengan izinNya.

(ii) Teriam seadanya
- Setelah janji dimaterai dengan ikatan yang sah, lazimnya tidak semudah dan seindah yang disangka. Oleh itu belajarlah menerima pasangan kita seadanya dengan senantiasa mencari kebaikan dan tidak tertumpu pada keburukannya sahaja. Ingatlah sesungguhnya kita juga mempunyai kelemahan tersendiri kerana tiada yang sempurna melainkan Nya. Redha dan bersyukurlah dengan pasangan serta janganlah mengharapkan sesuatu yang luar biasa atau pun di luar kemampuannya untuk memenuhi permintaan kita.

(iii) Jaga pandangan mata
- Kebanyakan wanita sangat tidak menyukai lelaki yang 'bermata keranjang'. Pantang ada perempuan yang berdahi licin mulalah mengatur pelbagai strategi yang menggatal dan menjengkelkan. oleh itu sebagai muslim kita wajib menjaga pandangan mata agar tidak tersasar ke landasan kemungkaran. Hikmahnya sangat besar kerana kita akan menjadi sang pencinta yang setia dengan pasnagan kita kelak.



(iv) Jaga Pergaulan
- Untuk mempertahankan kesetiaan, kita juga memerlukan teman yang boleh nasihat menasihati seandainya kita tersasar daripada jalan yang betul. Pengaruh rakan-rakan dalam hidup juga memainkan peranan yang sangat pentin. Pandai-pandailah mencari teman supaya persahabatn yang dibina dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik dan harmoni bukannya menjadi semakin derita.

(v) Utamakan keluarga
-Kebanyakan pasangan suami isteri yang dapat mempertahankan cinta dalam sesebuah rumah tangga adalah mereka yang selalu mengutamakan kelurga daripada urusan lain. Walaupun terlalu banyka perkara yang perlu difikirkan dalam membina cinta baru, tetapi perasaan kasih dan belas tetap akan timbul jika kita selalu meletakkan keluarga di tangga teratas. Oleh itu, persoalan untuk cinta beralih arah dapat dipadamkan kerana tidak sanggup untuk melukai dan dilukai. Kemanisan berumah tangga pasti lebih menyerlah disebabkan keutamaan diberikan sepenuhnya untuk keluarga.


---------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber:Doa dan Tip Keluarga Bahagia oleh Norlela Ibrahin

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...