Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Cinta Anugerah Allah SWT - Langkah Untuk Kekal Bahagia Bersama Pasangan

Cinta adalah anugerah Allah S.W.T kepada setiap jiwa hambaNya dan merupakan fitrah semula jadi setiap insan. Cinta dimiliki mutlak oleh Allah SWT kerana Dialah Pencipta segala kecintaan. 

Setiap cinta menuntut pengorbanan malah cinta juga indah apabila disertai dengan kesetian yang memerlukan ketahanan mental dan spritual. Kadang-kadang kita diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai dugaan terutama dalam mempertahankan sebuah cinta. Selain itu kesetiaan boleh menjadi goyah dan pudar disebabkan oleh terlalu banyak hasutan nafsu yang melanda, kurangnya pertahanan mental dan spritual. Jika tidak kuat membenteng diri daripada godaan, jadilah kita sang pencinta yang berpegang pada janji serta menodai sumpah setia sehidup semati dengan pasangan yang sebelum ini menjadi pujaan hati. Berikut merupakan langkah untuk kekal setia bersama pasangan suami isteri masing-masing:

(i) Amanah
- Pasangan kita merupakan satu amanah Allah SWT kepada kita. Bermulanya amanah pada perhubungan sebaik sahaja lafaznya ijab kabul.Niatkan dalam hati untuk memikul tanggungjawab ini untuk menjaga pasangan dan anak-anak sebaik mungkin. Apabila terasa amanah itu wajin ditunaikan, maka cinta akan terbentuk dengan bersendikan kejujuran. Jangan sesekali ada penipuan dalam menyemai cinta antara pasangan kita.

(ii) Tanggungjawab
- Apabila terasa amanah yang dipukul, maka lahirlah pula tanggungjawab di dalam sebuah perhubungan. Tanggungjawab utama adalah terhadap Allah SWT kerana kita mengahwini pasangan kita kerana Nya. Oleh itu, perlulah kita melaksanakan tanggungjawab tersebut semata-mata Allah SWT. Jika tanggungjawab terhadapNya tertunai dengan sempurna, sudah pasti tanggungjawab dengan pasangan dan ahli keluarga juga dapat dipenuhi sebaiknya.

(iii) Disiplin
- Sekiranya kedua-dua ciri tersebut telah tersemat dalam diri setiap pasangan akan terciptalah peraturan dan panduan bagaimana untuk membahagiakan si dia seisi keluarga. Disiplinkan diri dan ahli keluarga untuk mewujudkan keluarga ceria lagi harmoni serta berada dalam landasan yang diredhai Nya. Misalnya mengerjakan solat fardhu pada awal waktu.

(iv) Dekat di hati
- Sesetengah pihak merasakan pasangan dan anak-anak mereka sentiasa berada dekat di hati. Sudah pasti golongan ini tidak akan mensia-siakan kehidupan setiap insan di sisinya. Apabila berada di tempat kerja, mereka tidak sabar untuk pulang ke rumah berjumpa dengan ahli keluarga yang disayangi. Keadaan sebegini membuatkan mereka berasa puas mengecapi bahagia dalam kehidupan seharian. Kesunyian akan melanda apabila terpaksa berpisah atas tuntutan kerja. Namun jalinan kasih yang etrjalin membuatkan perasaan sayang sentiasa dekat di hati walaupun jauh di mata.

(v) Sakinah
- Sakinah bermaksud aman, damai dan tenang. Golongan yang mempunyai sakinah di dalam rumah tangga tidak akan tergugat dengan godaan-godaan luar. Malah, mereka tenang mengharungi kehidupan mencari keredhaan Allah SWT. Ketenangan hakiki yang diperolehi daripada pasangan akan memotivasikan diri mereka untuk sentiasa berusaha menjadi sang pencinta yang setia keranaNya.


------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:Doa dan Tip Keluarga Bahagia oleh Norlela Ibrahin

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...