Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROM (PCOS)

APA ITU POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROM (PCOS)?



Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunujukkan bahawa 6-10% wanita mengalami PCOS, di mana 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

PUNCA PCOS

Ia berpunca daripada ketahanan badan seseorang individu itu terhadap hormon insulin yang menyebabkan badan memerlukan lebih banyak insulin daripada biasa untuk mengawal kandungan gula dalam badan, Kandungan insulin yang berlebihan ini menyebabkan ketidakseimbangan pada kadar hormon-hormon yang mengawal kitaran haid wanita.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (testosteron) berbanding hormone perempuan (estrogen). Kandungan hormone testosterone yang berlebihan pada wanita akan menghalang ovulasi, selain mengakibatkan berlakunya symptom-simptom yang sering dikaitkan dgn PCOS.

SIMPTOM PCOS

Terdapat beberapa symptom yang sering dikaitkan dgn PCOS, yang tidak harus diambil ringan oleh semua wanita. Ini kerana PCOS boleh terjadi pada mana-mana wanita tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara walaupun ianya bukan penyakit keturunan. Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadangkala menyebabkan kesukaran untuk membuat diagnosa secara klinikal.

Antara simptom-simptom PCOS adalah:

✔ akne yang bertambah teruk
✔ penambahan berat badan, obesity dan sukar menurunkan berat badan
✔ bulu yang berlebihan pada muka, dada, perut dan sekitar puting. Kebiasaannya bulu akan bertambah gelap dan tebal.
✔ rambut menjadi nipis menyerupai botak pada kaum lelaki, berkelemumur
✔ haid tidak teratur, tidak dating haid atau pendarahan melampau ketika haid.
✔ masalah kesuburan dan susah untuk mengandung
✔ kemurungan
✔ kulit berminyak, tanda gelap pada kulit, kulit berkedut pada kawasan ketiak, kemaluan, leher dan payudara
✔ paras kolestrol tinggi, tekanan darah meningkat
✔ kehadiran cyst (ketumbuhan) kecil yg banyak dalam ovari
✔ mendapat cirri-ciri kelelakian seperti saiz payudara mengecil, klitoris membesar, suara berubah menjadi dalam

DIAGNOSIS

PCOS boleh didiagnosis dengan menjalani ujian darah pada hari kedua atau ketiga haid untuk memeriksa paras hormon testosterone, dan imbasan ultrasound.

RISIKO

PCOS menyebabkan wanita lebih cenderung untuk mendapat masalah ketidaksuburan (sukar untuk hamil) disebabkan kegagalan berovulasi. Ia juga menyebabkan penghidapnya berisiko untuk mendapat masalah kesihatan jangka panjang seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, kegemukan/obesiti, masalah jantung dan masalah kanser rahim.

CARA MENGATASI

PCOS tidak dapat dielakkan kerana kemungkinan besar ianya telah diwarisi sejak lahir. Namun begitu, diagnosis dan rawatan adalah cara terbaik untuk mengawal, simptom-simptom PCOS. Oleh itu penting untuk setiap wanita yg mengalami haid tidak tetap, atau langsung tidak mengalami haid untuk segera mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan apa sahaja rawatan klinikal atau ubat-ubatan yang disarankan untuk menstabilkan kitaran haid mereka.

Dengan terkawalnya kitaran haid, secara tak langsung paras hormon juga dapat dikawal. Oleh kerana berat badan juga merupakan antara faktor utama penyebab PCOS, maka dengan mengawal berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat juga akan dapat membantu para penghidap PCOS.

Jadi..Sekiranya anda pengidap PCOS..anda msh ada peluang untuk mengandung..




No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...