Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Makanan Menambahkan Susu Ibu

Makanan Penggalak Susu (Milk Booster)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Semoga para ibu di luar sana diberi kesihatan yang baik dan anak-anak syurga kalian juga mendapat kasih sayang yang sesukupnya..Entri kali ini cukup sinonim dengan ibu menyusu iaitu tentang makanan menambahkan susu ibu atau kita kenali sebagai makanan penggalak susu ibu. Masing-masing berusaha untuk memberikan penyususan sepenuhnya dan mencari idea atau cadangan yang boleh memperbanyakkan susu serta mendapat kualiti susu yang baik. Penyusuan yang sempurna sehingga 2 tahun kepada anak-anak sangat penting memandangkan susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingnya.



Breastfeeding
Di sini terdapat pelbagai cara untuk menambah susu ibu terutama dari segi pemakanan kerana kita tahu bahawa corak pemakanan seseorang ibu juga menjadi faktor kepada kualiti dan kuantiti susu ibu. Antaranya adalah:

Lobak Putih


- Lobak putih sememangnya kaya dengan vitamin C dan mempunyai serat yang tinggi. Sangat membantu ibu-ibu hamil dalam pemperbaiki sistem imuniti tubuh seterusnya sebagai penggalak kepada susu ibu.

Buah Longan Kering


-Buah longan dikatakan dapat meningkatkan stamina kerana mempunyai protein, lemak, glukosa, sukrosa dan asam tartaric. Sangat bagus penggalak susu.

Kurma

-Merpakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Selain itu dapat kurma juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan oleh ibu menyusu.

Halba/Fenugreek


- Halba atau fenugreek adalah milkbooster yang sangat terkenal dalam kalangan ibu menyusu. Halba banyak dijumpai dalam masakan.

Susu


- Yang pasti, ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Susu yang kaya dengan protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan galian yang diperlukan amat sesuai dengan ibu menyusu.

Tempe

- Tempe yang diperbuat daripada kacang soya sangat tinggi kandungan proteinnya. Jadi, tidak mustahil, tempel sangat membantu meperbanyakkan susu malah memekatkan lagi susu.

Air Kosong

- Air putih sangat membantu ibu menyusu. Dinasihatkan setiap ibu menyusu minum air putih supaya tidak mengalami dehidrasi. Kesannya akan menyebabkan susu ibu kutrang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Daun Alfalfa

- Daun Allfalfa adalah tumbuhan herba yang banyak faedah. Sangat-sangat berharga dan telah di guna pakai sejak bertahun-tahun dahulu. Sebagai milk booster semulajadi.

Pemakanan seimbang



- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan. Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.

Set Ibu Menyusu Shaklee


* Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang telah lama digunakan) *






Biar Hati Berbicara Pabila Sudah Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan selamat pagi..Semoga anda semua dirahmati Allah..Fikir positif..Itulah habuannya positif juga..Senyum selalu..;-)

Barangkali tajuk pagi ini amat segar bugar dalam ingatan bonda dan "Biar Hati Berbicara Pabila Sudah Jatuh Cinta" menjadi tajuk entri kali ini. Dengarnya seperti menarik bukan.Cinta Oh Cinta!!!.Saat jatuh cinta itulah saat paling menggembirakan..Perasaan yang datang secara tiba-tiba. Bukan mudah untuk seseorang jatuh cinta. Hanya perasaan yang Allah SWT sahaja berikan kepada insan tertentu dan sudah pasti pepatah Melayu ada mengatakan 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'...Jadi bermulalah episod saat perkenalan antara Bonda dan Shaklee;-)

Cinta itu indah
Pertama sekali, biarlah anda kenali siapa bonda..Seorang ibu yang mempunyai kerjaya tetap, mempunyai suami yang penyayang dan sepasang anak syurga yang comel. Nur Umairah Kaisah dan Muhammad Khalish Wildan. Merekalah permata hati bonda dan peneman sepanjang masa tak kala ayahnya outstation.. 

Umairah dan Khalish 
Berbalik kepada entri Biar Hati Berbicara Pabila Sudah Jatuh Cinta. Ianya bermula takkala selepas melahirkan anak lelaki bonda Khalish Wildan tanggal 15 Mei 2012 di Hospital Naluri Wangsa Maju. Kelahiran kali ini amat mudah (masih normal) namun selepas mengalami fasa kelahiran ini bonda mengalami masalah tekanan perasaan dek kerana kesakitan akibat jahitan yang belum sembuh dan tak tau kenapa anak sudah masuk dua tetapi masih di'toreh' sehinggakan memerlukan jahitan yang banyak. Lupa berapa jahitannya. Selain daripada itu susu tak ada lah banyak sangat dan setiap kali Khalish inginkn susu, setiap kali tu lah menangis. Ada sesetengah ibu air susu melimpah ruah. Masa lahirkan Umairah dulu pon terjadi benda yang sama. Puas sudah berurut kampung, makan macam-macam tapi masih juga tidak semeriah susu seperti orang lain. Ada juga kawan-kawan cadangkan ubat itu ubat ini. Antaranya juga supliment Shaklee. Tetiba hati bonda tersentuh dan menarik perhatian mata bonda untuk meng'google' apa itu Shaklee. Memandangkan bonda teramat sakit akibat jahitan tersebut, suami ajak jumpa pakar sakit puan.  Kebetulan klinik tersebut berhampiran dengan branch Shaklee Wangsa Maju, bonda dan suami pergi ke sana dan dapatkan Set Berpantang dan Menyusu sekali. 

Shaklee Wangsa Maju
Bonda masih ingat lagi, pertama kali bonda pergi ke sana semacam aura positif tau..hehe..Ya lahkan. Sebenarnya apa yang kita fikirkan itu bakal apa yang akan terjadi..Percaya tak. Selepas dah beli semua set Berpantang dan Menyusu, dalam hati bonda percaya dengan ikhtiar ini biarlah kesakitan itu reda dan berakhir di samping nak khalish menyusu cukup 2 tahun. Think Positif okeh!!!
Set Berpantang Shaklee


Alhamdulillah, Memang benar. Tak sampai 3 hari, tempat jahitan tu mula tanggal dan tidak sakit lagi. Terima kasih Zink Complex!!Bonda pon boleh duduk dan menyusu anak dengan baik. Susu pun cukup untuk Khalish. Baby lelaki ni kuat menyusu tau. Berbeza dengan kakaknya. Dan alhamdulillah..Sempat lah juga susu badan selama 2 tahun setengah. Itu pun berhenti sebab bonda mengandung. Hehe.. Apa yang membuatkan bonda jatuh cinta dengan Shaklee ni? Selama 60 hari dalam pantang..sangat-sangat hebat, cergas, bertenaga dan semangat je. Berbeza sangat sewaktu bersalinkan anak pertama.Tiada perasaan rasa nak marah atau letih walhal Khalish setiap malam bangun dan tak tidur. Agaknya penangan B Complex dan Ostematrix. Kawal perasaan tidak meroyan dan stress!! Dia banyak tidur siang. Bonda pon layan je dia..hehe. Balik pula berpantang kat kampung, saudara mara cakap "engkau ni macam tak bersalin, cergas aja Su tengok"..Memang pun. Sebab supliment yang bonda ambil ni memang memberikan tenaga yang luar biasa. Perasaan yang memberikan mood ketenangan.


Set Menyusu Shaklee
So, bila pula bonda boleh terjebak sebagai SID? Sejak bonda berfikir 'Kenapa aku tak beli guna ID aku sendiri?Asyik guna ID orang je.Walhal sekali beli tu boleh dapat balik dan kalau ikutkan dapatlah jugak bonus masuh maybank kan. Sapa tak nak duit..huhu...Sehinggalah November 2012. Bonda register sebagai SID di bawah upline bonda Umi Maisarah Md Saupi yang bonda anggap macam kakak bonda sendiri sebab dah lama kenal dengannya. Orangnya baik dan peramah gitew.. Umi lah yang ajak bonda join. Salurkan segala maklumat tentang produk Shaklee terutama dalam Group OMS dan WhatsApp OMS.  

Umi Mai dan Bonda
Memang pada mulanya bonda belum lagi rasa nak berbisnes. Tapi memandangkan ada permintaan dari kawan-kawan dan ada side income apa salahnya bonda joinkan. Selepas consume pun mendapat feedback yang positif. Alhamduilillah. Hampir 2 tahun bonda dalam bisnes Shaklee dan sudah ada group sendiri iaitu Secret Millionaire Shaklee. 

Secret Millionaire Shaklee
Harapan bonda agar dapat berkongsi tentang kesihatan, kebaikan dan bagaimana nak menjana 
pendapatan melalui Shaklee. Jangan segan silu sekiranya anda ingin dapatkan konsultasi, menjadi
ahli, dan sebarang pertanyaan tentang Shaklee. Apa yang nak bonda kongsikan, di sini lahirnya sebuah
cinta yang sukar bonda gambarkan. Kenal dan cuba dulu produk Shaklee. Anda di luar sana tak kan rugi.
Pasti dijamin semulajadi, halal dan mendapat maklum balas yang positif!

Biar Hati Berbicara Pabila Sudah Jatuh Cinta.....................

Produk Shaklee

Produk Shaklee Yang Paling Suka!!!

Setiap orang mesti ada makanan tambahan kegemaran kan. Bonda pun sama. Bonda pun dulu xada gemarnya dan tak pernah mengambil sebarang vitamin semulajadi seperti Shaklee ni. Sehinggalah setelah jatuh cinta dengan Shaklee, bonda amalkan suppliment ini. Kalau nak diikutkan banyak je produk Shaklee yang bonda suka. Kan jenuh pula anda nak baca.hehe. Tapi kalau bonda travel pergi mana-mana, memang suppliment semua ni bonda bawa.

Sebahagian Produk Shaklee

Antara produk Shaklee yang paling bonda suka ni banyak. Tapi bonda cuma senaraikan produk Shaklee yang memang bonda guna dan ada di rumah juga seperti:

(i) Cinch Energy Tea Mix

Tea Mix sebagai energy booster

Cinch Energy Tea Mix ni merupakan minuman kegemaran bonda untuk diminum setiap hari. Tiada Tea Mix macam tak lengkap untuk aktiviti pergerakan harian bonda. Ya lah kan. Bila biasa minum ni, rasa tenaga luar biasa tu lain. Tak adalah rasa penat. Lagi satu bonda ni suka melakukan aktiviti keluar peluh bila berada di rumah. Minum sahaja Tea Mix memang semacam je peluhnya. Buat kerja rumah macam berlari 100 meter. Hehehe. Bonda lebih suka minum secara suam-suam je. Tak sejuk tak panas. Tambah-tambah lagi apa yang bonda perasaan proses penurunan badan tu macam cepat dan lebih kepada konsisten pun ada. Sejak mengamalkan Tea Mix ni, tahap metabolisme bonda dah di'baik' pulih. Makan pun terkawal. Tapi sedihnya..Pergi branch minggu lepas,tak ada stock buat masa sekarang.huhuhu..Nasib baik ada sekotak lagi. Harap-harap Shaklee restock baliklah.


(ii) Omega Guard

Pengambila 3 biji sehari
Setiap orang mesti mengambil minyak ikan untuk kesihatan yang baik tambahan pula jika minyak ikan yang dimakan tu adalah minyak ikan yang berkualiti. Sebab tu bonda pastikan setiap hari Omega Guard yang lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 jenis semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.Haa..tau tak kenapa Omega Guard ni bonda suka. Yang pastinya, selera makan bonda dapat dikurangkan, metabolisme badan pun meningkat dan dapat membakar lemak yang ada ni. Bonda ni kalau bab-bab makan ni sensitif sikit. Jadi bila dah ambil Omega Guard ni tak adalah risau sangat nak kawal makan tu. Lagi satu bagus untuk kawal kolesterol badan kita. Satu lagi, anak-anak pun suka makan. Kalau si adik ni dikunyahnya saja..Sangat bagus untuk perkembangan kanak-kanak.

(iii) ESP
ESP Perisa vanila
Wow..Nak promote sekajap. Bulan ni promosi ESP. Jangan lepaskan peluang. Ok..ESP antara pilihan bonda juga. Daripada awal bersalin sehingga kini masih amalkan minum ESP lagi. Buka sahaja sebagai milk booster malah memberi tenaga dan kulit yang cantik. Bonda ni pun suka buat masker kat muka. Bukan selalu buat tapi bonda pastikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu mesti manjakan muka sekejap dengan masker ESP. Resultnya memang superb. Muka akan rasa lembut, tegang dan glowing gitu bila da dibilas. Kepada yang ada masalah parut jerawat kat muka tu boleh cuba buat masker ESP. Anda akan rasa kelainan dan perubahannya. Pastikan konsisten ye.

(iv) Vitamin C

SR Vita C Plus
Setiap pagi bonda pastikan ambil sebiji Vitamin C. Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C, sebenarnya dapat membantu kulit kita akan lebih cerah, melambatkan penuaan dan dapat menyekat daripada pembentukan pigmentasi (penyebab utama jeragat). Jadi awal-awal lagi bonda dah buat perisai. Hehehe..Vitamin C ni pun boleh wat masker juga. Kalau rasa nak tegangkan muka, cubalah.:-) Lagi satu, kalau selsema memang cepat baik.

(v) Ostematrix

Ostematrix
Ostematrix bukan sekadar kalsium..Pernah dengar tak? Betul dengan fakta ni. Hanya Ostematrix je yang boleh memberi jawapan kepada soalan ini. Kenapa bonda suka sangat amalkan Ostematrix Shaklee. Sebelum tidur bonda pastikan 4 biji Ostematrix bonda telan. Yang best, mudah lelap, senang bangun tidur dan esok hari senang nak 'membuang'. Hehehe.. Ingat dulu masa berpantang. Anak pertama asyik sembelit je. Time tu tak kenal lagi Shaklee. Masuk anak kedua. Sembelit dah tiada lagi. Tu yang sayang sangat kat Cik Oste ni.

(vi) Gentle Deep Foaming Cleanser


Setiap hari 3 kali bonda mesti cuci muka. Apa yang best nya Gentle Deep Foaming Cleanser ni sangat jimat. Hampir 5 bulan guna dan baru tukar. Dah 2 tahun bonda guna produk ni. Bila guna ni memang tak ada niat nak tukar yang lain dah. Best nya pencuci muka Nutriwhite ni dapat hilangkan kotoran kat muka, sel-sel mati dapat hilangkan dan muka pun lebih cerah. Dah bilas tu rasa lembut je muka. 

(vii) Herbal Blend
Herbal Blend Cream serba guna
Herbal Blend ni wajib ada kat umah. Maklumlah ada anak kecil ni. Herba Blend ni bonda suka dan memang guna untuk anak-anak terutamanya untuk anak bujang bonda. Selalu je kena ruam sebab hantar ke rumah pengasuh. Kadang=kadang pengasuh dia lambat tukar habis merah-merah. Apa lagi. Memang sapu je tempat kena ruam tu. Esok hilang lah. Kalau gatal-gatal kena gigit nyamuk ke apa, memang letak herba blend je. 

Sebenarnya banyak lagi produk Shaklee yang bonda guna. Nak senaraikan kat sini terlalu banyak. Tapi memang produk Shaklee ni semuanya best!! Dan ada macam-macam set penjagaan luaran sampailah dalaman. Macam-macam ada. Yang pasti semulajadi, bebas dari bahan kimia, hala dan harga berpatutan. Istiqamah dan sudah jatuh cinta lah katakan;-)

Jadi kalau nak cuba produk Shaklee, boleh hubungi bonda. Insyaallah, penerangan setiap produk akan diberikan.

hubungi pengedar yang sah di alamat:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348
➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju

Promosi Shaklee bulan Oktober 2014

Promosi ESP kembali..

Tragedi Oktober..Weeee...Oktober datang lagi. Kali ini datang bersama promosi yang ditunggu-tunggu iaitu ESP..Paling hot product!!Hot selling!!


BUY 6 FREE 1 ESP

ESP ni dah jadi makanan harian bonda sekeluarga. Bangun pagi tak sah jika tak shakes dengan ESP. Rasanya yang berperisa vanila amat sedap. Bonda minum macam tu je..Suka perisa dia..;-) Selain daripada tu, boleh juga dijadikan masker untuk kelihatan gebu, lembut dan mulus. Cubalah..Baru tahu betul ke tak apa yang bonda bagitau ni ;-)

Sesudu ESP untuk masker

Rupanya ESP ni sebenarnya 10 dalam 1..Anda boleh dapatkan ESP ni dengan hanya harga RM150 tapi pulangan nya lebih dari apa yang anda bayar. Ni antara contoh gabungan dengan vitamin yang lain. Set Kombo Shaklee ni sangat sesuai untuk mereka yang nak save budget! Jadi kalau nak jimat, jangan lepaskan peluang bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2014 kerana dengan harga ini juga anda bakal memperoleh:

  • Dapat Keahlian PERCUMA
  • Dapat CASH BONUS 
  • Dapat Join team bonda Oh My Shaklee dan Secret Millionaire Shaklee (segala tunjuk ajar untuk berbisnes akan diberikan)
*Sangat-sangat dialukan buat anda di luar sana yang ingin bersama kami untuk menjana pendapatan sampingan atau tetap. Anda rajin..anda tidak berputus asa..anda akan berjaya.Modal hanya RM75 bagi semenanjung dan RM85 bagi Sabah/Sarawak. Apa tunggu lagi...Hubungi segera..

Set Kombo Shaklee

Segala info tentang produk ini, boleh hubungi pengedar yang sah:


ID Shaklee : 893715
⌨ FB Page: Vitalish Corner
✉ Email: masitah.ag84@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 012-9181348

➲ COD Area: Gombak, Gombak Setia, Greenwood, Batu Caves, Sri Gombak, Sungai Pusu, Wangsa Maju

Kepentingan Air Kepada Tubuh Manusia

Kepentingan air kepada manusia tidak boleh disangkal lagi. Secara umumnya, 70% dari tubuh manusia mengandungi air. Tahap kesihatan seseorang juga bergantung kepada kualiti air yang masuk ke dalam badan kita. Tanpa air, seseorang itu tidak dapat meneruskan hidup dan mengikut kajian juga seseorang boleh bertahan hanya selama 5 hari sahaja tanpa air. Melalui saranan pakar pemakanan, setiap orang harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air dan air yang diminum juga bukanlah air yang mengandungi gula tetapi mestilah air pitih kosong atau air mineral. Sekiranya air tidak mencukupi dalam badan seseorang maka pelbagai kesan buruk yang akan singgah dalam tubuh seseorang.

                                        


Jom kita lihat kepentingan air kepada tubuh manusia. Antaranya ialah:

(1) Sebagai Pencernaan dan metabolisme yang lebih baik
Minum air dalam jumlah yang cukup menjadikan pencernaan dan tahap metabolisme dapat bekerja pada tahap kapasiti yang maksimum.  Faktanya, penelitian terbaru dari University of Utah menyatakan bahwa kekurangan air dapat menyebabkan menurunnya metabolisme.




(2) Memperbaiki kemampuan dan daya tahan tubuh
Air yang cukup membolehkan anda melakukan kerja dengan baik. Air dapat memperkuat daya tahan tubuh kerana air dapat menaikkan simpanan glycogen, suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai energi saat anda bekerja.

(3) Menahan lapar
Sewaktu anda mengalami dehidrasi (kekurangan air) Anda mungkin merasa ingin makan padahal yang anda perlukan sebenarnya adalah air.  Anda juga dapat memanfaatkan kesan rasa kenyang dari minum air untuk mencegah makan berlebihan.

(4) Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit
Kajian meyakini bahawa cairan atau tepatnya air dapat berperanan aktif dalam mengurangi risiko terhadap beberapa penyakit seperti: batu ginjal, kancer saluran kencing, kancer kandung kemih, dan kanser usus besar (colon).  Minum air yang cukup dapat pula menghindari sembelit.


(5) Senjata kuat melawan masuk angin 
Antibodi dalam lendir yang melapisi kerongkong berfungsi untuk menjerat virus dan ia mudah merebak apabila anda dehidrasi (kekurangan air) kerana akan menyebabkan lendir mengering.  Ramai pakar kesihatan merekomendasikan air sebagai ekspektoran yang efektif untuk mengurangi batuk.




(6) Melembabkan wajah
Dengan minum banyak air membantu kulit Anda tetap anjal dan lembab serta mengurangi garis-garis dan kerut pada wajah.




(7) Menangkal rasa letih akibat melakukan perjalanan
Udara panas dapat menyebabkan anda dehidrasi dan akan menimbulkan rasa letih pada saat dan setelah melalui perjalanan.  Minumlah banyak air sebelum melakukan perjalanan.


(8) Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan kurangnya minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebakan batu karang. Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang pekat dan cair. Jadikan kurangkan risiko anda dengan minum air yang banyak.




(9) Mengatasi migrain/sakit kepala
Para peneliti menyatakan bahwa dehidrasi dapat mengakibatkan migrain/sakit kepala, jadi bila Anda sering mengalami migrain adalah sangat penting untuk minum air dalam jumlah yang cukup. agar tubuh tidak mengalami kekurangan air dehidrasi setiap hari kita harus minum air dalam jumlah yg cukup.




(10) Air menstabilkan suhu badan
Anda disarankan mengambil air dengan kadar yang banyak untuk menstabilkan suhu badan, terutamanya jika mengalami demam panas.Perlu diingat, pengambilan air bagi mereka yang mengambil suplemen tambahan haruslah lebih sekurang-kurangnya 3L sehari. Kehilangan air dalam badan juga boleh dikurangkan dengan meminum minuman isotonik. Untuk mendapatkan isotonik secara semulajadi tanpa ada bahan campuran atau pemanis anda boleh mencuba minuman bertenaga Performance Drink. Performance Drink juga sangat sesuai di minum sewaktu bersahur bagi mereka yang ingin berpuasa.

Performance Drink




















Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...