Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Senaman Kuruskan Badan

Apa itu Senaman?

Selalu dengar perkataan ini kan..SENAMAN dan sememangnya sinonim dengan perkataan 'KURUS' dan 'SIHAT'. Kannnn;-)) Senaman merupakan satu pergerakan fizikal secara terancang bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan untuk kesihatan yang optimum. Keperluan senaman ini adalah bertujuan:
  • membina daya tahan
  • membina kekuatan
  • mengenal kesihatan
  • memberi ketenangan
  • mengelakkan penyakit
Banyak kajian menunjukkan senaman mampu mencegah dan merawat penyakit seperti oenyakit jantung, kanser, strok, darah tinggi, penyakit sekatan pulnomari (COPD) dan kencing manis. Selain itu juga tulang, ligamen dan tendon menjadi lebih kuat seterusnya dapat mencegah reput tulang (osteoporosis) dan reput sendi (osteoarthritis) selain mencegah masalah terjatuh akibat lemah otot dan sendi. (Sumber: Metro 17/12/2012).

Ini kelebihan bersenam dari segi kesihatan.  Berbalik pula dari segi ingin kurus..Memang terbukti senaman boleh mengurangkan lemak, membakar lemak dan seseorang itu boleh susut berat badannya dengan cepat. Namun bagaimana senamannya? Terdapat dua jenis senaman untuk kuruskan badan.  Antaranya ialah:

(i) Senaman Kardio

Senaman kardio adalah senaman yang boleh membakar lemak dengan pantas.  Jika anda ingin kurus cepat, anda perlu masukkan senaman kardio dalam aktiviti senaman anda. Antara senaman kardio yang boleh anda cuba ialah berlari, mengayuh basikal, senam aerobik, menari dan berenang.

Contoh senaman Kardio


(ii) Senaman kekuatan dan daya ketahanan

Sekiranya anda ingin mendapatkan bentuk badan cantik, anda boleh lakukan senaman kekuatan dan senaman yang menguji daya ketahanan. Contohnya, senaman mengangkat berat, tekan tubi, bangun tubi dan senaman squat.

Contoh senaman kekuatan dan daya ketahanan

Sekiranya anda di luar sana ingin melakukan senaman untuk kuruskan badan, anda tidak perlulah tergesa-gesa dan memaksa diri melakukan senaman secara agresif.  DInasihatkan anda agar bermula dari usaha yang kecil sehinggalah prestasi meningkat dari semasa ke semasa.  Seterusnya untuk mendapat keputusan yang baik dan kesan segera maka anda perlu melakukan senaman enam kali seminggu dan pilihlah satu hari untuk berehat.

Sumber:muscarehouse.com


No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...