Pengedar Shaklee Gombak dan Batu Caves

Kategori Marah

Rasulullah menganjurkan agar kita jangan suka marah-marah. Anjuran ini seharusnya direnungi dan dihayati dengan hati terbuka. Apa yang pasti, itu bukan bermakna bahawa kita tidak boleh marah. Tetapi biarlah kemarahan digunakan di tempat yang betul. Bagaimanapun, sebagai muhasabah kita bersama, mari renungi empat jenis marah yang digariskan. Kemudian, cuba renungi di manakan kedudukan kita dalam kategori marah ini. Antaranya ialah:

(i) Orang yang cepat marah dan lambat reda
- Orang yng berada dalam kategori ini dianggap sebagai teruk. Sudahlah cepat timbul kemarahan, lambat pula redanya. Orang akan mengambil masa yang lama untuk memujuknya.

(ii) Orang yang cepat marah dan cepat reda
- Ini adalah marah seperti kemarahan Nabi Musa kepada Nabi Harun. Kemarahan Nabi Musa dapat dilihat setelah baginda pulang dari mengambil kitab Taurat. Sebelum baginda berangkat, baginda berpesan kepada saudaranya, Nabi Harun agar menjaga umat mereka. Namun setelah pulang, baginda melihat umatnya menyembah patung anak lembu. Lalu diteriknya janggut Nabi Harun.

"Aku dah kata dah, jaga umat kita. Kenapa kamu biarkan mereka menyembah berhala?"marah Nabi Musa.

Melihat kemarahan Nabi Musa, Nabi Harun kemudian berkata, "Wahai anak ibuku. Janganlah kamu marah padaku. Aku telah menasihati mereka. Tapi mereka enggan mengikutnya."

Mendengar perkataan "Wahai anak ibuku' yang keluar dari mulut Nabi Harun, Nabi Musa kemudian melepaskan tangannya. Kemarahan baginda kemudian reda. Lihat, inilah contoh mereka yang mempunyai jenis kemarahan sepertin Nabi Musa iaitu cepat marah dan cepat reda.

(iii) Orang yang lambat marah dan cepat reda

- Orang yang termasuk dalam kategori ini menunjukkan reaksi yang sedikit cool. Katalah apa sahaja kepadanya, dia tidak akan marah. Walaupun dikutuk, dikata pelbagai gelaran, dia hanya tersenyum. Tetapi apabila dia marah, semua orang akan terkejut. Namun setelah orang yang bersalah kepadanya meminta maaf, dia mudah memaafkan.

(iv) Orang yang lambat marah dan lambat reda
- Inilah jenis kemarahan yang paling teruk. Lambat marah tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih kembali. Kemarahan begini ada pada Damak watak Noordin Ahmad dalam cerita Sri Mersing. Lmabat marahnya teapi apabila dia marah, merajuknya begitu teruk.


------------------------------------------------------

Jadi sentiasalah bersabar apabila terasa ingin marah. Semoga kita saling maaf memaafi sesama kita. Buang yang keruh ambillah yang jernih.

-UstazKazimElias-

No comments :

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...